Saturday, October 16, 2010

BUDGET PRU 13 - MAHFUZ OMAR




KUALA LUMPUR 16 Okt - Ahli Parlimen Pokok Sena 
Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Belanjawan 
2011 merupakanbajet retorik dan
 hanyamementingkan Pilihan Raya 
Umum yang akan diadakan seawal tahun depan.

Beliau berkata melalui bacaan awalnya sepatutnya
 PRU-13 akan diadakan pada bulan Mac atau Jun, 
tetapi melihat kepada bajet yang dibentangkan, ianya
 akan diadakan lebih awal daripada yang dijangkakan.

"Berdasarkan bajet yang dibentangkan oleh Perdana
 Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau tidak boleh
 menunggu lebih lama dari itu dan jika tidak ianya 
pasti memberikan tamparan hebat khususnya Umno-
Barisan Nasional.

"Jadi, nampaknya tidak apa yang menarik daripada
 pembentangan tersebut dan lebih bersifatkan retorik.
 Saya sifatkan sebagai bajet 'seluar dalam' di mana
 ianya memainkan yang penting untuk kerajaan 
mencapai matlamat Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP)
 dan pertumbuhan 7 peratus yang bergantung kepada
 'seluar dalam' dan juga 'kelambu'," kata Mahfuz yang juga 
Naib Presiden PAS.

Tambahnya, perkara itu dianggap sebagai perkara yang
 amat menarik pada sesi pembentangan belanjawan pada kali ini.

Apa yang dikesalkan kata beliau, di sebalik kerajaan 
memberikan jaminan untuk tidak menaikkan bayaran 
tol selama 5 tahun, kerajaan juga sepatutnya turut 
memberikan jaminan bahawa semua jenis subsidi 
khususnya petrol, barang makanan dan keperluan
 asas juga tidak akan dinaikkan. -SKeadilan

Tahniah kepada semua Tok Batin kerana mendapat

 elaun RM800 sebulan manakala Tok-tok Iman pula
 mendapat RM750 sebulan. Elaun Tok Batin lagi mahal 
daripada Imam...

No comments: