Saturday, October 16, 2010

BUDGET 2011 UNTUK NEGERI BN SAJA - LIM GUAN ENG



KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pembentangan Belanjawan 2011 hanya berpihak kepada negeri-negeri di bawah naungan Umno-Barisan Nasional.

Berikutan itu, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP akan mengemukkan rayuan kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi perhatian kepada negeri-negeri dibawah naugan Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Beliau yang ditemui di lobi parlimen turut melabelkan belanjawan yang dirangka kerajaan ini hanya satu ilusi untuk memerangkap perhatian rakyat dengan imbuhan yang diumumkan.

Guan Eng menambah rancangan pembangunan mega yang dirangka tidak akan membantu meningkatkan pendapatan ekonomi rakyat sebaliknya kroni-kroni yang bersedia mengaut keuntungan.

"Pembentangan bajet memperlihatkan imbuhan yang pelbagai oleh kerajaan namun adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut," tanya beliau.

Menurut beliau lagi, bagi mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan harus beri penumpuan terhadap tenaga kerja yang akan menggerakkan negara menjana ekonomi.

"Mengapa perlu bangunan 100 tingkat? Mereka perlu beri tumpuan kepada orang (rakyat) yang akan menjana ekonomi. Kita perlukan skil(kemahiran)dan pengalaman. Bukan insfrastruktur mega," tegas beliau.

No comments: