Thursday, September 16, 2010

SKMM KENA JAGA KETENTRAMAN RAKYAT BUKAN KETENTERAMAN BN

SKMM KENA JAGA KETENTRAMAN RAKYAT BUKAN KETENTERAMAN BN

Parti Islam Se-Malaysia PAS bersetuju kenyataan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM) untuk bertindak terhadap mana-mana pihak yang bertindak untuk menggugat keharmonian dan kententeraman kaum di negara ini samaada berunsur fitnah dan penghinaan terhadap mana-mana agama atau bangsa melalui ruangan langit terbuka.

Parti Islam Se-Malaysia menyeru semua pihak supaya apa-apa laporan biarlah beretika dan bermoral samada melalui media cetak atau elektronik. Unsur fitnah adalah suatu perkara yang perlu dijauhi dalam setiap laporan.Kerajaan juga perlu bertindak dengan segera tanpa memilih, siapa yang melakukan kesalahan. PAS tidak mahu SKMM hanya dilihat untuk menjaga ketenteraman BN bukan ketenteraman rakyat di negara ini. Apabila laporan pemberitaan fitnah yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat, maka pihak berkuasa di negara ini hanya buat tidak kisah. Contoh yang terbaru ialah bagaimana akhbar Utusan Malaysia dan media elektronik  yang melaporakan berita fitnah mengenai YB Teo Nei Ahli Parlimen Serdang memberi tazkirah dan memberi  bantuan kepada ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral pada 22 Ogos 2010. Hakikat yang berlaku ialah YB Teo hanya memberi  taklimat skim pendidikan kerajaan negeri Selangor dan memberi RM1000 ringgit kepada surau tersebut. Begitu juga dengan pemberitaan yang berunsur fitnah dengan mengatakan bahawa  'Lim Guan Eng mengganti Yang Di Pertua Agong dalam khutbah.' Kesemuanya ini bertujuan untuk menimbulkan kemarahan orang Islam terhadap orang bukan Islam  dan pimpinan Pakatan Rakyat.

PAS mengharapkan pihak SKMM menyiasat dengan segera mengenai gambar YAB Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu, sedangkan itu adalah gambar  YB Datuk Seri Haji Nizar Jamaludin. Mereka yang membuat kerja fitnah  ini perlu disiasat dan dihadapkan ke pengadilan. Semua ini adalah percubaan untuk SKMM untuk menunjukkan kepada rakyat bahwa mereka adalah  badan professional yang menjaga ketenteraman rakyat bukan ketenteraman BN. Inilah rakyat mahu lihat SKMM bertindak, jangan biarkan rakyat ketawakan SKMM pula.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments: