Thursday, September 16, 2010

JANGAN TIPU DATUK SRI ZAMBERI !

Berita yang keluar di tv dan surat khabar mengatakan 756 ahli PAS menyertai Umno adalah bohong semata-mata. Mat Arop yang didakwa Timbalan Pengerusi PAS Cawangan Bagan Baru Larut juga adalah bohong dan palsu.

Mat Arop baru sahaja diluluskan menjadi ahli PAS, sijilnya masih dalam simpanan PAS Kawasan Larut, ia tidak diserahkan kepadanya kerana dua bulan yang lalu diberitakan telah menyertai Umno.

Sewaktu PR memerintah Perak 2008 dulu, beliau mula mendekati PAS. Sebelumnya beliau adalah ahli Umno Larut dan pernah aktif dalam Pemuda Tahan Lasak Umno. Beliau berjinak dengan PAS sebab teringin menjadi Ketua Kampung dan Ahli Majlis Daerah.

Apabila keinginannya tidak tercapai, beliau agak kecewa. Tetapi masih bersama PAS, hanya apabila berlaku rampasan kuasa di Perak, beliau mula mendekati Umno kembali dan sekarang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Qaryah di Kg. Bagan Baru.

Dakwaan kononnya Mat Arop menjadi Timbalan Pengerusi PAS adalah pembohong, jawatan dalam PAS bukan Pengerusi tetapi Ketua. Nama jawatan pun tak betul. Nampak sangatpembohongnya. Mana mungkin Mat Arop pegang jawatan puluhan tahun sedangkan cawangan PAS pun tidak ada di situ, ahli pun baru lulus tetapi tak sempat terima sijil dah masuk Umno semula.

Kg. Bagan Baru pula belum pun ditubuhkan PAS, baru ada Jawatankuasa Penaja PAS. Bagan Baru adalah kubu kuat Umno, ahli PAS tidak ada di situ, Julai lepas PAS Larut dengan kerjasama PAS Negeri telah mengadakan program "PAS Untuk Semua" di DUN Kubu Gajah. Kekuatan Umno di Bagan Baru telah berjaya ditembusi dalam program tersebut.

Selepas YB Hj Nizar turun ke DUN Kubu Gajah 18 Julai yang lalu Jawatankuasa Penaja berjaya ditubuhkan dan 26 pemuda Umno telah menyertai PAS. PAS pula berjaya menganjurkan pertandingan bola di Bagan Baru dan disertai ramai belia dan pemuda Umno. Saya sebagai SU Perhubungan turut hadir dalam program tersebut.

Kasihan Zamry, datang jauh-jauh dari Ipoh semata-mata mahu ditipu di bulan Ramadhan yang mulia ini oleh Raja Zainuddin dan Umno Larut.

Kalau nak buat cerita tipu pun, tunggulah habis Ramadhan. Raja Ahmad pula nak bersihkan nama dan tutup isu salahguna kuasa felcra lalu ditaja 756 ahli PAS konon masuk UMNO. Yang sebenarnya 756 ahli UMNO masuk UMNO.

Ramadhan 2009 dulu, Zambry berbuka di pondok Pak Teh di Pengakalan Hulu, PakTeh seorang Ulama terkenal di Perak yang menjadi Ahli Majlis Fatwa sejak lama dulu sehingga sekarang. Pak Teh pernah minta tanah seluas 45 ekar yang tidak jauh dari kawasan pondokknya, tujuan mahu membesarkan kawasan pondok dan diusahakan penanaman sawit bagi menjana pendapatan sekolah pondok yang diasaskannya.

Permohonannya tidak pernah diluluskan oleh kerajaan BN. Apabila Hj Nizar melawat pondok Pak Teh, beliau mengadu tentang permohonannya. Hj Nizar terus meminta PTG menyediakan laporan status permohonan Pak Teh untuk diangkat dalam mesyuarat exco lalu diluluskan oleh EXCO kerajaan PR Perak.

Pak Teh seorang ulama yang cukup disegani ditipunya hidup-hidup oleh Zambry di hadapan pelajar-pelajar pondok, para guru dan penduduk kampung. Bulan Ramadhan pulak tu. Zambry kata tanah yang Hj Nizar lulus dulu sebenarnya dah lulus sejak Tajol Rosli jadi MB lagi, Hj Nizar hanya bagi geran sahaja.

Dia fikir Pak Teh dan semua pelajar dan guru-guru percaya lah cakap dia, pada hal pemimpin dan ahli UMNO yang hadir hari tu tahu, Zambry cakap bohong. Tapi sebab yang bercakap itu MB, pengikut UMNO pun kata betul. Hujah mereka senang je, tak kan MB menipu.

Dulu dia yang menipu, sekarang dia yang kena tipu oleh Raja Ahmad pula. Memang UMNO kaki menipu. - HD

No comments: