Anda lihat dan nilai gambar ini...Kenapa tidak menjadi isu "maut" UMNO cara berpakaian dan adab dalam masjid??Adakah kerana dia isteri PM 1Malaysia?? Apa isteri PM 1Malaysia buat semua halal??Wallah hu alam!!!
[1]
utusan meroyan kata;
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kesucian masjid terus dinodai oleh pembangkang apabila Khamis lalu Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen pula diberi kebebasan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.
komen:
Zaman nabi SAW, orang kafir masuk ke dalam masjid nabawi, tanpa wujud larangan dari nabi SAW. dalam hadis dinyatakan bahawa Sumamah bin Usal telah diikat di tiang masjid ketika dia belum memeluk islam.
[2]
utusan meroyan kata;
Perbuatan wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.
komen:
MAIS perlu ikut Nabi SAW. Jika MAIS tidak ikut Nabi, maka sebarang arahan MAIS adalah tertolak. Jika MAIS tetap pertahankan pendirian yang bercanggah dengan Nabi, maka itu adalah sesat lagi menyesatkan.
Orang bukan islam masuk ke dalam ruang solat, tidak dikira sebagai menghina kesucian agama Islam, sebaliknya ia adalah kemuliaan masjid yang diajar oleh nabi SAW.
Jika MAIS tetap menyatakan bahawa membenarkan orang bukan Islam adalah menghina agama islam, samalah mereka menyatakan nabi SAW menghina agama islam. ini kerana, Nabi SAW membenarkan ramai orang bukan islam masuk masjid.
[3]
utusan meroyan kata;
Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.
komen:
inilah kenyataan yang paling bodoh aku pernah dengar. Zaman nabi SAW, baginda membenarkan orang bukan islam masuk ke masjid. Apakah orang kafir zaman Nabi SAW itu mandi hadas besar? hello brother, kalau kafir mandi wajib pun, mandi dia tak sah.
sekian
Wallahu 'Alam
Al-bakistani
No comments:
Post a Comment