Monday, July 5, 2010

TUDUH PAS AJARAN SESAT - PAS JOHOR BUAT LAPORAN POLIS

Pengerusi UMNO Kedah Tuduh PAS Parti Ajaran Sesat: PAS Johor Buat Laporan Polis

PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie
 Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti I
slam itu sebagai parti ajaran sesat.

Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru
yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang
diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi.

Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa
 Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya
 perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya
 kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami
membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan
beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf
serta menarik balik kenyataan itu," katanya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata,
 kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar
Harian semalam

Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai
parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan
 kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan
rakyat.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak
 Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang
dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali".

"Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani
 menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan,
 memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu
memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya
 sebagai sesat," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli
 parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan
 siapa yang sebenarnya sesat.

Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik
balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan
ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara
bersiri terhadap menteri itu.

2 comments:

azman kamarul said...

Ini adalah menteri SESAT dan cuba MENYESATKAN orang lain.

Sebenarnya umno itulah yang menyesakan umat di negara ini...lulus judi, korupsi, lulus arak.....jenis bangang punya orang.....balik semporna dan jaga semporna lagi baik.

anakmuaallaf said...

Sdr Azman,
UMNO yang berak depan rumah dia tuduh orang lain yang berak.Berani mereka mengaku kedurjanaan yang telah mereka lakukan.
Apa komen Awang Adek selepas kecaman demi kecaman pembangkang buat pasal judi..Diam seribu bahasa..