Monday, July 5, 2010

RASA ENGKO KESHVINDER SINGH

ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh hari ini diberi notis 14 hari untuk memohon
 maaf kepada ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim serta membayar ganti rugi 
RM500,000 kerana membuat kenyataan tidak benar tentangnya.
Menurut Harakahdaily, surat notis itu akan 
dihantar petang ini oleh peguam Khalil Idham, 
A Sivanesan yang juga ADUN DAP Sungkai, 
selepas Khalil membuat laporan polis
 mengenainya tengahari tadi di balai polis
 Parit Buntar.

"Saya beri dia notis 14 hari untuk meminta maaf 
dan membayar gantirugi RM500,000. Jika tidak 
prosedur saman ini akan difailkan oleh peguam
 saya," kata Khalil Idham (kiri).

Keshvinder, ADUN DAP Malim Nawar telah keluar DAP baru-baru ini. Dalam
 kenyataannya kepada media, beliau berkata pernah meminjam wang dari 
Khalil Idham, untuk membantu penduduk kawasannya.

Namun, menurut Khalil Idham yang juga Ketua Penerangan Pakatan Perak 
dan bekas pengerusi Kelab BBC kerajaan Perak, beliau dihubungi oleh
 Kesvinder melalui sms untuk meminjam wang bagi membayar hutang 
bank setelah keretanya ditarik.

"Saya sendiri telah bersama beliau ke Ambank Ipoh pada 19 Mei lalu 
dan memberikan wang sebanyak RM3,500 untuk tujuan itu. Saya 
sendiri melihat dia membayar wang sebanyak RM2,825 untuk
 tujuan itu," kata Khalil Idham.

Khalil Idham berkata, beliau mempunyai bukti segala kenyataannya
 dan akan digunakan dlam perbicaraan di mahkamah nanti.


Pada 25 Februari lalu, ADUN Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.
Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder
 mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri
 dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Pada 15 Jun lalu, pada sidang medianya, Keshvinder mengumumkan 
beliau keluar dari DAP dan menjadi ADUN Bebas dan menyokong 
Barisan Nasional.

Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini d
an mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

"Saya bersih," kata ADUN Malim Nawar itu.

Antara dakwaan beliau ketika mengumumkan kerana keluar DAP adalah 
kerana kegagalan DAP membantunya dalam menguruskan keperluan 
rakyat kawasannya.

No comments: