Kebebasan Barat Menzahirkan Kepincangan
Resort Sepanyol larang pakai bikini
BARCELONA - Sebuah bandar peranginan terkenal Sepanyol di Salou dekat sini mewartakan undang-undang melarang pengunjung datang ke pantai Mediterranean itu dengan hanya memakai bikini.
Langkah itu dibuat ekoran tindakan liar lebih 8,000 pelajar dari 100 buah universiti Britain ketika festival musim bunga tahunan Saloufest pada Mac lalu yang mabuk dan melakukan hubungan seks bebas.
Majlis Bandaran Salou menetapkan pesalah boleh dikenakan hukuman denda
antara 100 euro (RM406) sehingga 300 euro (RM1,218). - Agensi
Sumber: Kosmo Online 04/07/10
Kebebasan untuk melakukan suatu perbuatan berdasarkan prinsip hak asasi dan
kebebasan manusia menampakkan kepincangannya berdasarkan berita di atas.
Apabila manusia diberikan kebebasan untuk melakukan suatu perbuatan tanpa
kawalan maka inilah akibatnya - kerosakan dan kemusnahan di dalam masyarakat,
yang mengakibatkan mereka yang percaya kepada prinsip tersebut terpaksa
menutup sebahagian pintu-pintu kebebasan yang dibuka oleh tangan-tangan
mereka sendiri.
Perkara sebegini bukan sahaja terhada kepada peristiwa di atas. Di India dan
Jepun, di mana jumlah pekerja wanita semakin meningkat, kesesakan
di pengangkutan awam telah mengakibatkan pelbagai masalah di mana
penumpang wanita sering membuat aduan mengenai gangguan seksual
daripada penumpang lelaki semasa menaiki keretaapi yang penuh sesak
dengan lelaki dan wanita. Akibatnya syarikat-syarikat keretapi di Jepun
dan India telah menyediakan gerabak khas untuk penumpang wanita untuk
mengasingkan mereka daripada penumpang lelaki.
Di Belanda, di mana pelacuran adalah sah di sisi undang-undang negara
tersebut, kerajaan Belanda merancang untuk menutup kawasan Red Light
District (RLD) yang merupakan pusat pelacuran untuk pelancung dari luar
negara kerana aktiviti pelacuran di RLD telah mengundang pelbagai masalah
seperti pemerdagangan manusia, pengedaran dadah dan sebagainya
sepertimana yang dilaporkan di dalam Newsweek pada 7 Feb 2008, dan
Daily Mail (akhbar Britain pada 21 Sep 2007).
Apabila manusia berlagak seolah-olah mempunyai kuasa penuh untuk mengatur
masyarakat melalui sistem sekular, akan pasti timbul pelbagai permasalahan
di dalam masyarakat yang tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas.
Akibatnya manusia terpaksa menutup pintu-pintu kebebasan dan hak asasi
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hanya Islam sahaja yang akan
dapat menyelesaikan segala permasalahan ini secara tuntas.
Wa Allahu A’lam

Sistem Sekular tidak mempunyai sebarang penyelesaian tuntas terhadap
masalah kehidupan

No comments:
Post a Comment