Friday, July 2, 2010

PATUTKAH KDN GANTUNG PERMIT AKHBAR SUARA KEADILAN??

Yang Pasti: KDN Gantung Permit Suara Keadilan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung
 akhbar PKR - Suara Keadilan berkuatkuasa semalam 
kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan 
Penerbitan 1984.


Dalam kenyataanya, KDN dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu dan
permit penerbitan tahunannya yang tamat tempoh semalam,
 tidak akan diperbaharui.
Sehubungan itu, kata setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan
 dan Teks Al-Quran, KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, mulai semalam
permit penerbitan akhbar PKR itu tidak lagi sah dan ia tidak lagi
boleh dicetak atau diterbitkan.
“Panel penilaian permohonan permit penerbitan dan lesen mesin
cetak, KDN telah bersidang pada 1.7.2010 dan membuat
 keputusan - tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan
oleh pihak Suara Keadilan bertarikh 29.6.2010 yang diterima pada
jam 4.45 petang hari yang sama berkaitan dengan surat teguran
Kementerian ini.

“Tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh Editor
Suara Keadilan, Encik Dzulkarnain Taib melalui suratnya bertarikh
29.6.2010 yang diterima pada 30.6.2010 jam 12.00 tengahari
 berkaitan artikel bertajuk “Felda Bankrap,” katanya dalam satu
kenyataan.

Menurut Zaitun, permohonan pembaharuan permit Suara Keadilan
yang tamat tempoh pada 30 Jun lalu akan hanya dipertimbangkan
apabila penjelasan yang memuaskan diterima daripada pihak berkenaan.

“Satu surat akan dikeluarkan kepada pencetak berkenaan untuk
 memaklumkan agar tidak mencetak penerbitan ini sehingga satu
keputusan mengenai permohonan pembaharuan permit tersebut
dikeluarkan oleh Kementerian ini,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Pergi JAHANAM dengan KD*...!! Jahat dan hinanya mereka-mereka ini lebih teruk dari bangkai haiwan....

Unknown said...

itulah keja orang tak bertamadun...
menutup bangkai dgn sehelai kertas...tamatkan permit...
biar kerosakan terus membusuk..sekalipun merugikan anak bangsa...buat jangka masa akan datang...
kat dunia bolehlah tipu rakyat...