Thursday, July 15, 2010

PAS TETAP TENTANG UMNO - TGNA



PAS tetap tentang Umno....... PAS tetap akan menentang perjuangan Umno dan


 Barisan Nasional (BN) sehabis mungkin selagi parti itu tidak menerima dasar


 perjuangan Islam sebenar.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sebagai 


sebuah parti yang menjadi harapan rakyat pelbagai bangsa di negara ini,


 khususnya umat Islam, PAS akan tetap menentang dasar Umno dan BN.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Persidangan Perwakilan


 Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (Sepakat) Malaysia.
Sempena persidangan peringkat kebangsaan yang diadakan di Kelantan itu,


 lapan buah negeri telah menghantarkan wakil-wakilnya.
“Biarpun mereka menuduh PAS mengamalkan ajaran sesat, namun PAS yang 


tetap berada di landasan yang benar tidak akan menghentikan perjuangannya


 semata-mata ugutan pihak lawan,” ujarnya lagi.
Sambungnya, Umno lupa mereka telah lama menjadi alat MCA dan MIC hingga


 takut untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini.
“Sedangkan PAS tidak pernah meminggirkan perjuangan Islam biarpun bergabung


 dengan parti-parti lain,” ujarnya.

1 comment:

Unknown said...

Bodoh sombong!