Monday, July 12, 2010

PAS Cawangan Bandar Universiti lancarkan Bulan Al Quds



Bandar Sri Iskandar, - Pasti Al Jamiah Bandar Universiti dengan kerjasama
 PAS Cawangan Bandar Universiti telah menganjurkan satu ceramah sempena
 pelancaran Bulan Al Quds di kawasan tersebut pada minggu lepas. 

Ustaz Imran AL Malizi yang merupakan seorang penulis dan penceramah
 terkenal mengenai isu Palestin, telah dijemput untuk mengupas dengan teliti
 beberapa peristiwa dan isu terkini yang berlaku di Palestin terutamanya tragedi
 kapal misi kemanusiaan yang diserang tempoh hari. Ustaz Imran juga telah
 melancarkan tabung bantuan kemanusiaan sebagai satu inisiatif jihad harta
 khususnya bagi penduduk cawangan tersebut.

Pengarah Program, Ustaz Hakimi yang juga merupakan Ketua Penerangan 
Pas Cawangan Bandar Universiti ketika ditemui berkata, program pelancaran 
Bulan Al-Quds ini tepat pada masanya bersempena dengan malam 27 Rejab
 yang juga merupakan hari Isra' dan Mikraj. Beliau juga mengucapkan terima
 kasih kepada hampir 50 orang penduduk tempatan yang hadir bersama pada
 malam tersebut.

Turut hadir pada malam itu ialah Ustaz Zaidan (Ketua Pemuda PAS Kawasan
 Parit) dan Ustaz Hassan (YDP PAS Kawasan parit).

No comments: