Monday, July 12, 2010

Bola Api Semarakkan World Cup di PARIT

PARIT, 12 Julai - Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit (DPPKP) tidak ketinggalan dalam demam bola sepak Piala Dunia yang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Pada malam yang bersejarah itu, kira-kira 60 orang hadirin telah memeriahkan acara-acara yang berlangsung sejurus selepas solat isyak di Markas PAS Titi Gantung,Perak. 
 Acara malam semalam mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila berlangsungnya acara yang paling unik iaitu "Bola Sepak Berapi" yang mendapat sambutan hangat oleh golongan muda. Sebanyak 4 buah pasukan telah berentap untuk merebut anugerah johan dan ianya telah dimenangi oleh pasukan MRRQ. 
DSCN0296.JPG
 Menariknya, hadirin turut disajikan dengan menu nasi ikan bakar BBQ dan acara-acara lain iaitu kuiz isu semasa dan cabutan bertuah. Sementara menunggu
 saat bermulanya perlawanan akhir Piala Dunia 2010, para hadirin
 juga tidak mensia-siakan masa yang terluang memandangkan
 pihak penganjur ada menyediakan tayangan video isu-isu 
semasa. Apabila bermulanya perlawanan bersejarah itu, 
semua hadirin yang hadir menyaksikannya di skrin putih gergasi
 yang disediakan. 
 DSCN0320.JPG
Menurut Ketua DPPKP, Ustaz Zaidan Abdul Ghani ketika berucap
 di majlis perasmian, dalam PAS kita juga berhibur dan mengikuti
 Piala Dunia Bola Sepak, tetapi kita tidak sekali-kali lalai atau
 melanggar batasan Islam. Kita hendaklah sentiasa mengingati
 Allah dan menelusuri perjuangan Islam di mana-mana sahaja.
 Beliau juga berpesan supaya semua hadirin solat subuh berjemaah
 di masjid sebelah markas sebaik sahaja tamat perlawanan
 tersebut. Selepas perlawanan, Ustaz Zaidan kelihatan 
begitu gembira dengan keputusan perlawanan akhir
 yang berprestij itu kerana beliau merupakan penyokong 
kuat pasukan Sepanyol.

No comments: