Tuesday, July 6, 2010

INI REBAN AYAM KA ??


Wahai orang Sarawak inilah reban ayam pemimpin yang bercakap sombong.
Saya masih ingat bagaimana Ketua Pemuda PAS Pusat memberi salam tapi salamnya
tak dijawab...Dasyat tu..
Pemimpin ini pandai pula bercakap dengan rakyat negeri jajahan takluknya, 


Para wakil rakyat dan penjawat awam perlu melakukan penjelasan secara jujur sekiranya sesuatu pembangunan mahupun rancangan itu tidak dapat dilaksanakan supaya rakyat lebih yakin dan percaya situasi yang dihadapi oleh kerajaan.

Taib Mahmud berkata, jika mereka tidak berani bercakap benar sebaliknya hanya berjanji, dikhuatiri akan menyebabkan rakyat tertunggu-tunggu mengenai projek yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurutnya, keadaan seumpama itu boleh menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
‘‘Perkara seumpama ini amat bahaya apabila pilihan raya tiba kelak.

‘‘Disebabkan itu, kita perlu bersikap jujur dan ikhlas apabila memberi penjelasan dalam membantu dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.


Ish..ish..dia faham ke tidak apa yang dia cakap tu..Atau dah meroyan ?

2 comments:

Pak Oncu said...

Photo di atas tu bukan reban ayam tetapi tak ubah seperti kamdang kambing gua huhuhuhhuhu

Unknown said...

Salam kak leha,
Taib mahmud sudah lama berkuasa di Sarawak dan sudah banyak hasil negeri itu dibolot olehnya dan kroni-kroninya.
Saya rasa bukan rakyat Sarawak tak tahu tapi kesedaran politik diaorang rendah,sebab tu dia rasa apa yang Ketua Menteri mereka buat tak salah.
bagi mereka wang komisyen yang Taib mahmud dan kroni-kroninya dapat dengan projek kerajaan tu adalah perkara biasa.

Untuk ubah cara pemikiran mereka perlu di tingkatkan lagi ceramah penerangan terutama di kawasan 2 pedalaman bukan hanya pada musim pilihanraya saja.

Hanya dengan ilmu saja rakyat malaysia dapat selamat dari tipudaya umno N the kroni.