Friday, July 16, 2010

GULA PASIR NAIK..CURI PASIR DIAM...

Jumaat, 2010 Julai 16-KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat dilihat enggan memberi kerjasama
 membanteras beberapa kes curi pasir di Selangor walaupun kerajaan negeri telahpun menyerah maklumat berwajib, semalam.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar  berkata demikian ekoran melihat kengganan 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri 
Hishammuddin Tun Hussein menerima surat maklum balas daripada Menteri Besar Selangor, 
Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Dah terima surat tentang siapa curi pasir, kroni pemimpin Umno bahagian mana yang terbabit,
 kenapa Muhyiddin dan Hishammuddin tak terima dan diam," soal beliau pagi tadi di lobi Parlimen.

Difahamkan, Khalid turut menyerah surat maklum balas yang sama kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar supaya membanteras sendikit curi pasir itu.

Katanya lagi, kerajaan Pusat sepatutnya mengambil tanggungjawab bersama membanteras
 sindiket mencuri pasir memandangkan pihak berkuasa di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Beliau yang juga AJK Pemuda PAS Pusat turut menasihatkan Ketua Pembangkang Selangor, 
Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo supaya tidak melindungi pihak terbabit memandangkan 
aktiviti curi pasir dilihat mula giat sejak beliau menjadi Menteri Besar.

"Jangan setakat fitnah itu dan ini, dia (Mohamad Khir) kena dedah sindiket itu sekiranya dia
masih ingat," beliau menambah.

Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tidak terkeliru dengan
dakyah-dakyah Umno yang mahu merampas kerajaan negeri daripada rakyat pada Pilihan
 Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Semalam, Khalid Ibrahim mengaku bahawa pengurusan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.
 masih lemah walaupun syarikat itu adalah syarikat berkaitan kerajaan negeri itu.

Ini kerana, beliau di Dun Selangor berkata, kerajaan negeri kurang mendapat kerjasama 
daripada pihak penguatkuasaan berwajib yang nyata di bawah bidang kuasa pusat.

Namun, Muhyiddin pada satu kenyataan media yang lain mengetepikan alasan Khalid itu
 dengan mendakwa bahawa kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat tidak mampu
 menguruskan isu pasir sebagaimana era Umno BN memerintah negeri.

Pun begitu, Mohamad Khir sendiri sehingga kini difahamkan masih belum menyatakan 
kesediaan untuk mendedahkan sindiket curi pasir yang berlaku ketika beliau menjadi 
Menteri Besar dulu.

3 comments:

Pak Oncu said...

salam tuan punya blog,,, yang mncuri menyamun pasir/balak adalah puak puak mereka juga,,, tulah pasal pihak penguatkuasa memekakkan telinga dan membuta kan mata, ini lah cara mereka untuk menjatuh kan kewibawaan pemimpin PK rakyat di Selangor,,,,,,

Unknown said...

wahai juak2 umno,kamu sedarlah yg mencuri pasir ilah kroni toyo sndiri,sb itu pusat enggan cmprtangan kerana kegiatan ini memberi pulangan kepada tabung UMNo sndiri.umno dh lama buat kerja2 haram ini sejak zaman toyo mnjadi menteri besar.jgn jd org munafik setelah menjadi org jahil sebelum ini..

Unknown said...

wahai juak2 umno,kamu sedar atau tidak kegiatan mncuri pasir ni berlaku dikawasan umno kerana mereka dilindungi oleh pihak tertentu.umno juga mahu pasir ini untuk mengisi katong poket mereka.perbuatan ini sudah lama dan bila kerjaan negeri ingin mengambil tindakan,mereka jd takut krn akan kehilngan hasil haram ini..mereka tahu dan berpura2 berjuang.org sebegini amat munafik..toyo seorang sahaja yg tahu