Kes enjin jet: Jual rumah untuk bayar ikatjamin...dalang sebenar masih bebas..!!
bercadang menjual rumah mereka untuk mengumpulkan wang bagi membayar
ikatjaminnya sebanyak RM150,000.
Bapanya, N Nagarajah, 71 (kiri) berkata, mereka berhasrat
untuk menjual rumah keluarga mereka di Kg Jiboi Ampangan,
Seremban, kerana mereka tidak mempunyai cara lain untuk
mengumpul wang tersebut.
"Anak saya meminta saya jangan menjual rumah keluarga,
tapi saya tidak ada cara lain untuk mengumpul wang untuk
membayar ikatjamin tersebut," katanya kepada Malaysiakini
hari ini.
Tharmendran, yang didakwa Januari tahun ini dengan
tuduhan
mencuri dua enjin J8521-jenis dari pangkalan TUDM
di Sungai
Besi, ditahan reman di penjara Sungai Buloh, menunggu
perbicaraannya pada 19 Julai depan.
Nagarajah bagaimanapun menghadapi kesulitan untuk mencari
pembeli rumah kos rendah mereka, yang dibelinya kira-kira 40 tahun lalu.
Bahkan, jika beliau berjaya menjual rumahnya, Nagarajah - seorang pesara -
hanya boleh menjualnya sekitar RM95,000 - dan masih kekurangan RM65,000
untuk membayar ikatjamin anaknya itu.
"Jika saya mendapatkan menjua rumah ini, saya akan berpindah ke rumah
anak sulung saya," kata Nagarajah.
Jumaat lalu, Nagarajah membuat laporan polis, mendakwa yang anaknya
itu telah 'dipukul seperti lembu' oleh pegawai TUDM ketika ditahan
di pangkalan Sungai Besi.
No comments:
Post a Comment