Sunday, June 20, 2010

AYAH SAYA SUDAH BERSEDIA..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat,
seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan
berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan
risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya
itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah
Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering
dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah
bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah
Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga
agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka
walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam
keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-
isalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah.
Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu
pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam
kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada
sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk
setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan
Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya
tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia
berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang
akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok
di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah
itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas
ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula
pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang
memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah
harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu
rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam
lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa
yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun
dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan
yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara
makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah
akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia
senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam
nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula,
seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum
selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.
Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa
dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir
ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda,
sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan
saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang
di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk
membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan
kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya
ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan
di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng
rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan
saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan
dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang
tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan
tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang
comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya
seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan
yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang
paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian
menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.
Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap
nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang
bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu
ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah
sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan
berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.
Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas
turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk
anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis
sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada
hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam
pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah
ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

1 comment:

KERTAS SOALAN RAMALAN MATEMATIK 2010 said...

Alhamdulillah..menyanyat hati :(