Thursday, May 20, 2010

RAKYAT 1MALAYSIA KENYANG SLOGAN

KHALIL SAMAD



Malaysia sebuah negara yang kaya dengan slogan dan lebih kaya dari sejarah bijih timah yang terdapat di dalam negara kita seperti di Daerah Kinta, Perak ini.

Satu demi satu slogan di keluarkan dan bukan sahaja mengabui mata rakyat tetapi menghantui rakyat.

Rakyat perlu sedar bahawa setiap slogan itu berharga mahal kerana ada penasihat di belakangnya bagi mempromosikan kepimpinan mereka.

Diantara slogan yang masih segar dalam ingatan dulunya seperti Bersih, Cekap dan Amanah [ BCA ], Kepimpinan Melalui Teladan, Islam Hadhari, Penerapan Nilai – Nilai Islam dan dan sebagainya.

Ini tidak termasuk slogan – retorik dalam menyambut mana – mana perayaan agama dalam negara seperti Maulidul Rasul, Maal Hijrah, Tilawah Al - Quran dan sebagainya.

Persoalannya siapakah di belakang tabir slogan – slogan ini.

Semua orang bercakap ‘Konsep Satu Malaysia’, yang di cetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ia kini meniti dibibir setiap pemimpin UMNO/BN di seluruh negara yang melaungkan slogan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”,

Perkara yang jelas, di bawah kepimpinannya, beliau cuba menutup segala kelemahannya dengan satu lagi slogan kosong yang tidak akan banyak memberi erti kepada rakyat Malaysia yang dahagakan suatu transformasi dan perubahan yang menyeluruh dalam pemerintahan.

Bagaimana budaya rasuah yang sedang mengila, kronisma yang tiada penghujung , amalan boros dan pembaziran serta perkauman masih hidup subur dalam budayanya?

Malahan, pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa mencerna satu lagi slogan bagi mengelirukan rakyat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya. Kalau di teliti slogan Satu Malaysia tersebut, sejak bila rakyat Malaysia didahulukan dan sejak bila pula prestasi di utamakankan oleh kerajaan UMNO/BN?

Isu - isu lebih mendesak dari sudut prosedur tender, ketelusan, mengelak amalan boros, rasuah dan pembaziran tidak ditangani sehingga sekarang.

Suatu penantiaan adalah reformasi besar yang sedang ditunggu-tunggu oleh setiap warga Malaysia; kearah perubahan ketelusan dan keadilan di dalam sistem kehakiman, hak-hak asasi setiap rakyat terjamin, sistem pilihanraya yang lebih bersih dan adil serta sebuah sistem pemerintahan yang adil dan saksama berpaksikan kepada kepentingan rakyat jelata tanpa tanpa mengira status dan kedudukan. Inilah impian sebuah “Malaysia yang adil’.

Kini sudah slogan UMNO apabla ketiga-tiga elemen 3D bersatu. Sebelum ini berbuih mulut pemimpin UMNO menuduh PAS sebagai kuda tunggangan DAP. Hari ini UMNO menjadi kuda tunggangan Yahudi, kuda tunggangan taukeh judi dan kuda tunggangan syarikat todi.

Mereka juga sebelum menjaja seluruh negara menuduh DS Nizar sebagai kuda DAP, tetapi mereka juga di lihat sebagai kuda MCA. Malah sanggup membantu parti ini dengan memperuntukkan duit kerajaan.

Sepanjang DS Najib menjadi menteri kewangan sudah dua pengumuman lesen perjudian baru diluluskan. Syabas kepada seluruh pemimpin termasuk non muslim dari Pakatan Rakyat menentang habis habisan perjudian yang diluluskan oleh kerajaan.

Peliknya ada lagi golongan bodoh sombong yang menyokong kepimpinannya walaupun lesen perjudian diluluskan.

Kini masyarakat ramai mulai sedar, bahawa sebenarya slogan yang betul dan tepat untuk Umno dan BN ialah 1Malaysia, 1Israel kerana merekalah penasihat yang sebenarnya.Kenapa perlu marah kepada rakyat. Ini adalah realiti.

Rakyat semakin cerdik dan sepertimana cerdiknya juga rakyat di rumah – rumah panjang, jauh pendalaman dan sebagainya
Rakyat mahukan perubahan dan bukannya slogan.

1 comment:

pak oncu said...

slogan BanggaNg yg baru ialah BanggNg dulu kina dan selama nya~~~~