Thursday, May 6, 2010

LAPURAN KEPADA SPRM

21 Jamadil Awal 1431H.

Kepada:

Semua Rakan Media.

Dimaklumkan saya akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
malaysia (SPRM) Ipoh mengenai salah laku kerajaan BN Perak bersetuju menyerahkan
RM 50,000 kepada setiap bahagian MCA di Perak

Pada : Hari ini/Khamis/6 Mei 2010
Jam : 2.00 petang
Tempat : Pejabat SPRM Ipoh.

Semua rakan media dijemput hadir.

Catatan : Hadir bersama saya ialah pimpinan Pakatan Rakyat Perak dan ADUN PR Perak.

WASSALAM,

YB. Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.


Satu lapuran Ke SPRM akan dibuat.AM dpt sms dr YB Idham Lim Tengah hari semalam.

Mengapa senang sangat MB Mahkamah bagi pada MCA setimbun duit macam tu?Dari sumber manakah duit datang?Berapa banyak kerusi DUN Perak yang dimenangi oleh MCA?Kalau hendak ambil hati pengundi orang-orang cina sekalipun adakah ini jalannya?

MB Mahkamah kena ingat MCA adalah Parti komponen BN.Bolehkah MB Mahkamah menggunakan duit kerajaan negeri untuk dibagi kepada Parti Komponen?Duit kerajaan negeri adalah duit rakyat bukannya duit BN atau duit UMNO Perak..

Demi survival politik macam-macam mereka akan lakukan.Merompak mencuri dan merampas.Undang-undang mereka bakul sampahkan.Inilah akibatnya apabila institusi mahkamah tidak dihormati,mereka boleh buat apa sahaja.Kerana hakim dan mahkamah dalam genggaman mereka.

Kita melihat kredebiliti SPRM dalam menangani kes ini.Adakah SPRM benar-benar telus?

No comments: