Wednesday, April 28, 2010

MUSLIMAT PERAK BENAR-BENAR BERJUANG DI UPU SKC HULU SELANGOR

HASIL KERJA KERAS ADA PENINGKATAN UNDI...CUKUP MEMBANGGAKAN SETELAH SEMINGGU BERKAMPUNG DI SANA..UPU SKC..
inilah orang kuat PAS perak di UPU SKC-Tuan Haji Asmuni beliau tidak langsung meninggalkan lapangan pada hari pengundian-memang sesuai dengan jawatan Pengarah Pilihanraya PAS Perak.

Alhamdulillah selesai sudah PRK Hulu Selangor.Tahniah buat team Muslimat PAS Perak.Dari kacamata AM,mereka cukup cemerlang.Mematuhi arahan pimpinan.Pengarah HalWa Perak Pn Amizan sentiasa berpesan "ingatlah jangan hanya kesilapan yang menyalahi syariaat menyebabkan kita hilang barakah perjuangan.Kerana ada sahabat tidak bersugi sahaja menyebabkan tentera Islam kalah dalam peperangan pada zaman rasullullah dan sahabat"
Walau berpanas,telinga disuara bingitkan oleh pasukan gerak gempur Pemuda Umno,tetapi Muslimat tetap tegak berdiri mempertahankan misi dakwah agar Islam tertegak di bumi Malaysia.
Harmoni kombinasi warna yang menarik hijau warna Ambia' dan biru warna ketenangan cukup indah dab harmoni.
Bermunajat kepada Allah di tanah lapang memohon kemenangan.Disaksikan semua makhluk ciptaan Allah yang meng amin kan.Hanya Allah tempat kami mengadu.Kami di himpit dari depan ,kami di himpit dari belakang, kami dihimpit dari kanan , kami di himpit dari kiri.Ya Allah perjuangan ini kami serahkan kepadamu Ya Allah. Sesungguhnya engkaulah pemilik hati ini dan hati mereka.Kami tidak mampu berlawan dengan materealistik mereka, tetapi kami hanya mampu berlawan dengan berpegang teguh pada talimu Ya Allah.
"sweet memory with Datin Su-isteri Datuk Zaid Ibrahim"so cute datin you wearing pink tudung.Alhamdulillah manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan apabila ianya memohon ampun dari Allah sesungguhnya Allah itu maha pengampun akan dosa hamba-hambanya.
Sekalung tahniah buat kekandaku Dr Najihah yang sentiasa turun padang setiap kali kempen pilihanraya.Ramah melayan pesakit yang datang mendapatkan rawatan percuma
Sempat juga Muslimat belajar masak. Menguli donut dan menguli roti,Memang tak rugi pergi berjihad kali ni.Banyak ilmu dapat ditimba disana.

1 comment:

BumiPerak said...

Info IPOH minggu ini sila link:
http://bumiperak.blogspot.com/