Thursday, May 6, 2010

JUDI DAH HALAL DAH DI NEGARA ISLAM MALAYSIA

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama

3 comments:

JJ Anak Desa said...

Kerajaan BN memang tidak kira halal haram, asal untung dia sapu. Malaysia kini hendak menuju negara judi ke ? Orang Umno diam sahaja, diam makna setuju,Tok Mufti mana, duduk selesa di kerusi empuk sahaja ke? Mana Mufti Perak, tak berani bersuara. Takut hilang jawatan ke

Unknown said...

Salam akak,
Judi dah bagi lesen dah,pelacur bila lagi.Negara amarika dah ada persatuan pekerja seks.kalau Malaysia bagi lesen untuk pelacur lagi banyak boleh kutip cukai,
baru boleh maju mcm APCO

http://ijoks2009.blogspot.com/2010/05/edittemplate-blog-cara-mudah-dan-cepat.html

Noorra said...

Awang Adek yg mmg x cerdik2...x layak nak jadi MB Kelantan muko mu nih...yg haram nak dihalalkan...dah bankrap sgt dah M'sia sampai terpaksa cari makan dgn duit cukai judi...Allah menunjukkan kpd kita muka sebenar UMNO ni...BN adalah parti yg sentiasa mengundang murka Allah.