perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola
tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.
Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya,
hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan
sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia
2010 berlangsung Jun ini.
Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian
Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian
dan pertaruhan haram di negara ini.
Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah
Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah
tidak dapat membezakan halal dan haram.
"Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan,
"Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan,
pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?"
katanya.
Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan
masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.
"Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk
"Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk
orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan
bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat
bukan Islam.
Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen
pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.
"Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah
"Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah
judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang
agama lain disuruh pergi berjudi.
"Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain
"Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain
juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat
tidak munasabah," katanya.
Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan
Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan
Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.
"Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi
"Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi
lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara
terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak,
No comments:
Post a Comment