Wednesday, April 21, 2010

HULU SELANGOR : APA ADA PADA ZAID

HULU SELANGOR: APAADA PADA ZAID............

- al simpori-

Pakatan telah memilih Zaid Ibrahim sebagai calon-ada kontraversi????

Tidak!!!!!!! ia adalah pilihan paling tepat yg telah di buat oleh pimpinan PKR.

Mengapa?

1. Tidak mungkin dibeli BN, ia bekas menteri, letak jawatan kerana
prinsip-bukan dipecat atas apa2 tuduhan..
- kesangsian penyokong pakatan terpadam- maklumlah sekarang
musim katak tengah galak melompat.

2. Tidak mudah dibeli BN- baru saja meninggalkan kemudahan dan kemewahan
sebagai menteri takkan harga dirinya 5 juta atau 10 juta..
kalau kaki sengkek kena umpan cacing / keridek sudah sambar...bukan bekas
posmen/askar pencen yg boleh dinilai dgn RM...

3. Dia dilihat mempunyai prinsip dan berpegang pada prinsip - juga golongan berada,
memang sukar diumpan dgn harta, takhta tp wanita ana x tau...
kalau MP atau adun standard kaki lima sudah gelap mata dgn semua ini...

4. Zaid orang luar? isu lapuk ni tak laku...pengundi Hulu Selangor tidak
jakun seperti sesetengah tempat,
Zaid tinggal di Kuala Lumpur, 1 jam dah sampai Hulu Selangor,
so service pada rakyat x terabai.
Kalau Melayu boleh beri undi pada Cina/India
so pada Zaid- Melayu Islam tentu tiada masalah.

5. BN sudah pilih MIC, walaupun calonnya bukan spt kehendak tok Samy,
Melayu felda sudah tujuk tanda protes,
apalagi orang India sendiri yg masih ingat 'jasa-jasa' MIC pada mereka.

6. Ada tokoh dan kredibiliti, maklumlah bekas menteri..
lawyer pulak tu...tuduhan spt - pernah minum arak, taukeh kuda ? tak jadi
masalah besar kerana apa kurang dgn pemimpin UMNO ? depa malaikat ka? maksum ?
apa kurang anak2 pemimpin UMNO ? sebab tu Zaid keluar UMNO dia join PKR, kalau dia
lebai sikit sudah tentu dia masuk PAS, lagipun yang nak mengundi di Hulu Selangor
tu bukan semua ustad atau lebai, tokoh macam Zaid boleh di terima umum.

7. Pengundi-pengundi Cina yang terluka dengan ucapan Noh Omar..
masih mahu mengundi BN ?...masihkah ingat masa PRK Lunas - apa kata Mahathir
pada orang Cina dan berapa % Cina undi BN?
-inilah UMNO,tak akan berubah dan tak pernah belajar dari kesilapan...

8. Melayu yang kecewa dengan pencalonan MIC akan protes dengan mengundi Zaid dan
UMNO yang mahu kerusi itu kembali pada UMNO akan undi Zaid..supaya MIC tewas dan
next round ada alasan yg kuat supaya calon BN kembali pada UMNO....

9. Halili keluar dari PKR satu rahmat...dia spt melukut tepi gantang saja...dilihat
spt local figure saja, berbanding Zaid yang lebih 'federal' atau boleh ditonjol
menjadi international figure....ini penting pada pengundi yg educated/pertengahan
dan juga atasan, mereka mahu yang hebat dan ada tokoh.

Kalau majoriti pengundi Hulu Selangor menilai kriteria ini,
BN letak sapa jadi calon pun akan tewas....anak tempatan, Mike tyson ?
modal besar pada PR untuk hentam, tapi kalau dia masuk MCA mungkin
boleh jadi Timbalan Presiden...masih ada tempat untuk orang begini...
-tahniah pada MCA kerana pilih 'pornstar'jadi presiden, wahai ahli MCA
Hulu Selangor kalau anda masih ada maruah dan harga diri serta malu dengan
berpresidenkan 'sidia' jangan undi BN.........

No comments: