Thursday, April 8, 2010

APAKAH PERISTIWA 13 MEI 1969 AKAN DICETUSKAN OLEH PERKASA??


Mohd Habib Abdullah 08 April at 11:41 Reply
Assalamulaikum dan salam sejahtera,
Teman-teman gabungan yang dihormati.

Mungkin telah ramai yang mengetahui akan tertubuhnya satu pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Pribumi Perkasa a.k.a PERKASA yang diasaskan oleh “Bapak Katak” Semalaysia iaitu Datuk Ibrahim Ali. Menerusi beberapa kenyataan yang dikeluarkan PERKASA melalui media massa, saya merasakan bahwa pertubuhan ini begitu tebal fahaman perkaumannya. Kononnya mereka ini ingin mempertahankan hak-hak dan keistimewaaan bangsa melayu dan Raja-raja melayu yang menurut mereka telah dicabuli, dicabar dan dihina oleh bangsa-bangsa lain.

Namun pada hemat saya, Pertubuhan PERKASA ini tidak labih dari percubaan menghidupkan semula api 13 MEI 1969 supaya sebelum berlangsungnya PRU 13, Malaysia boleh diperintah oleh MAGERAN sekaligus menghalang PRU 13 berlangsung kerana parlimen akan digantung..

Bermula dengan kes membakar gereja sehinggalah tertubuhnya PERKASA ini, saya merasakan terdapat tangan-tangan ghaib yang cuba mencucuh sumbu api perkauman dan agama di negara ini demi memastikan survival parti pemerintah yang telah kehilangan majority 2/3 dalam PRU12 yang lalu. Ironinya, peristiwa 13 MEI 1969 dulu juga berlaku setelah parti pemerintah kehilangan majority 2/3 di parlimen.

Saya tidaklah ingin mengulas lebih lanjut tentang peristiwa berdarah tersebut namun dari sudut teorinya, saya ingi berpesan kepada teman-teman gabungan agar berhati-hati dengan pertubuhan PERKASA ini dan jika perlu teman-teman harus memperingatkan akan teori ini kepada kawan-kawan takkiralah menerusi FB atau lain-lain medium supaya tidak terpengaruh dengan sabarang kenyataan yang berunsur perkauman yang datang dari PERKASA, kerana mereka tahu inilah jalan terakhir mereka ingin mempertahan kuasa mereka dari kemaraan kuasa rakyat yang sudah sepakat mula menolak Barisan Nasional.

Sekian,

ADMIN
I HATE ZAMBRY KADIR

4 comments:

masa depan said...

salam penulis....
sebenarnya motif penubuhan perkasa adalah mudah dipahami,kerana kurang sokongan kepada umno.kenapa dulu tidak wujud perkasa,kenapa waktu raja2 melayu di"rogol" oleh pemimpin umno tak ada perkasa.
yang keduanya sebagai jambatan untuk pemimpin umno meninggalkan umno.mereka telah melihat umno akan musnah jadi ditubuhkan perkasa sebagai batu loncatan PRU13 nanti.
yang ketiga memang kemungkinan untuk mengulangi 13 mei sebab kalau PRU13 umno kalah dan anuar jadi PM nescaya perkasa akan bertindak,mereka akan melancarkan rusuhan kaum sebab masing2 takut dengan kesalahan mereka.mereka takut anuar akan bawa kes mereka ke mahkamah.
jadi mahadthir terpaksa menubuhkan perkasa semata2 mempertahankan dirinya.dia amat takutkan anuar begitu juga najib.kedua2nya ada kesalahan yang amat besar.jadi inilah caranya menyekat kemaraan anuar.bayangkan kalau anuar jadi PM,apa jadi pada mahadthir dan najib.adakah mahadthir sanggup merengkok dipenjara diusia yang lanjut dan mati dengan penuh kehinaan.mungkin najib berlainan keadaannya..
namun apapun perkasa ialah satu badan yang akan bertindak selepas PRU13.mereka merupakan melayu2 yang gagal dalam pentadbiran dan bersalah.
cara mudahnya untuk mencegah mereka ialah melalui proses "pemulauan".pulaukan perkasa,jangan ditulis sebarang artikal tentangnya.malah sedarkan masyarakat agar membenci perkasa.berpesan2 pada masyarakat agar menjauhi perkasa.jika ini dapat dilakukan maka negara kita akan aman sampai bila2.
semua pemimpin dan rakyat tidak pikir tentang ini tetapi pemimpin yang bermasaalah telah berpikir tentang ini.maka mereka bersekongkol sebab mereka takut dipenjarakan.memang tiada siapa pikir akan berlaku kekecohan di negara ini tetapi inilah yang akan berlaku.maka digunakan akta hasutan untuk menakut2 rakyat agar tidak memburukkan perkasa.inilah perancangan mereka sebab itu mereka melantik apco sebagai penasihat sebab apco ada banyak pengalaman tentang peperangan.perkasa dan tentera asing akan digunakan untuk mendapatkan kembali kuasa seperti yang berlaku di afganistan dan di iraq.sepatutnya rakyat sedar tentang perkara ini.jika tidak pastinya kita akan dijajah semula dan negara kita akan bergolak hanya kerana pemimpin yang bersalah takut akan kejatuhan mereka.
kempen jauhi perkasa,katakan tidak pada perkasa.

Unknown said...

Sudahlah..
Biarkan mereka spt 'siput' menyalak bukit..
Dihinggapi dgn manusia yg bersultan dimata dan bertahta dihati dizaman pemerintahannya..
juga bersama manusia yang tak tau mengenang jasa.. seperti melepas anjing tersepit saja ..
Kena sergah dgn pemuda mca diam tak berkutik...
malang sekali umno memiliki manusia yg ibarat penyokong membawa rebah...
sayang sejuta kali sayang..tapi apa boleh buat..
ketam tetap ketam ..lagu mana nak mendidik anak berjalan lurus..

Abu Simbel said...

kalau di-ikutkan kitaran alam, sepatutnya pusingan untuk kembalinya 13 mei sudah pun terjadi, tetapi kali ini ia tidak melibatkan dan menumpahkan darah,sebaliknya telah menumpahkan maruah dan masa depan orang melayu.

Unknown said...

WOW satu posting yang berani dan berterus terang. Syabas ! Terus Istiqamah dalam perjuangan. Jumpa kita di HS