Wednesday, March 31, 2010

NAK ISI MINYAK PUN TAK SELAMAT LAGI??

Panas: Video Lelaki Dilanggar Ketika Isi Minyak
Orang ramai disarankan berhati-hati ketika mengisi minyak kenderaan di mana-mana stesen minyak. Ini kerana, maut bukan sahaja menjemput ketika sedang memandu di jalanraya. Malah, ketika mengisi minyak pun ada yang mati dilanggar oleh kenderaan lain.

"video ada disini.... http://www.facebook.com/l/7b695;www.youtube.com/watch?v=rMgFcKAmXts"


Kejadian yang berlaku malam Ahad lalu di stesen minyak Taman Midah, Jalan Cheras Kuala Lumpur amat mengharukan kita sebenarnya. Dalam kejadian itu seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Yusri Abdul Wahab, maut selepas beberapa jam dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau maut akibat dilanggar oleh seorang wanita yang dikatakan terbabas ketika mengelak sebuah kenderaan lain dalam kawasan stesen minyak terbabit.

Arwah dipercayai sedang mengisi minyak kereta Proton Iswaranya, sebelum dilanggar dengan kuat oleh sebuah kereta Hyundai Getz. Persoalannya sekarang, kenapa wanita terbabit memandu terlalu laju ketika memasuki kawasan stesen minyak.

Nyawa manusia melayang begitu sahaja akibat kecuaian beliau. Biarpun wanita itu dikatakan turut tercedera, namun beliau harus menerima hukuman yang berat atas kesalahan tersebut. Ikhtibar yang harus diambil dalam kejadian ini, berhati-hati ketika berada dimana jua sekali anda masih berkenderaan.

1 comment:

Unknown said...

Gantung lesen memandu separuh umur hidupnya tu..
Semoga yg pergi bersama RedhaNya..