Tuesday, March 30, 2010

AWAT NAJIB BUAT MACAM NI??DEPA TU ISRAEL??

http://mujahidaljundi.blogspot.com/2010/03/slogan-satu-malaysia-daripada-israel.html

Slogan 'Satu Malaysia' Daripada Israel?

Slogan 'Satu Malaysia' yang diperkenalkan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Satu gagasan tidak payah kita pertikaikan, nak menyatupadukan rakyat, bunyinya lunak. Slogan 'Satu Malaysia' adalah saranan dari konsultan Israel iaitu APCO Worldwide, demikian menurut ketua pembangkang Parlimen Malaysia semalam.

APCO adalah syarikat perunding antarabangsa, yang ditunjangi 2 tokoh Israel, bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, dan seorang lagi bekas duta Israel ke Denmark. Najib kini menggunakan khidmat konsultan tersebut sebagai penasihat dengan belanja sebanyak RM60 juta di mana konsultan sama pernah digunakan bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada tahun 1999 dengan memperkenalkan slogan 'One Israel'.

Ini bukan fitnah, boleh rujuk 'search' (laman web) Google cari APCO atau http://www.apcoworldwide.com/content/news/press_releases2009/malaysia0809.aspx jawapannya ada di situ dan mereka dah buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sekarang ini menjadi penasihat kepada Najib dan Rosmah. Maknanya keangkuhan kuasa Umno telah sampai ke kemuncak. Berani sungguh satu Negara Islam ambil APCO sebagai penasihat.

Ini orang Israel yang mendukung fahaman Zionis, yang menindas rakyat Palestin, yang mengepung Gaza. Orang ini yang menerajui APCO dan APCO dibayar oleh Perdana Menteri Malaysia Najib untuk menasihat, bagi orang umno, mesti sokong apa yang ketua dia buat dan amin semua. Sesuatu yang penting tentang slogan 'Satu Malaysia', pada tahun 1999, APCO harum namanya kerana diambil oleh Ehud Barak, sekarang Menteri Pertahanan yang mengadakan pertemuan khas dengan Menteri Pertahanan Malaysia baru-baru ini. Ehud Barak Perdana Menteri Israel tahun 1999 mengambil APCO dan APCO menasihat Ehud Barak supaya menggunakan slogan baru untuk Israel 1999 iaitu 'Satu Israel'. 10 tahun kemudian, tahun 2009 APCO menasihat Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib supaya menggunakan slogan 'Satu Malaysia'.

Orang-orang ini juga terlibat dalam pentadbiran Perdana Menteri yang lalu iaitu menyambung bantuan pelobi. Pentadbiran Malaysia menggunakan khidmat seorang pelobi Yahudi terkenal di Amerika yang juga taukeh Judi yang menipu Red Indian kerana membina casino dan menipu mereka. Dia dibayar oleh pemimpin-pemimpin Umno untuk mendekatkan Perdana Menteri Malaysia dengan pentadbiran Amerika Syarikat pada ketika itu Josh W. Bush. Ada perkara yang mengesahkan perkara ini.

Mana perginya ustaz ustzah Menteri Agama? apa pendirian mereka? Yang menjadi masalahnya orang ini adalah penyokong pandangan ekstrem dan menipu dalam membina casino orang Red Indian di Amerika Syarikat dan tidak dibayar. Dia menjadi bahan siasatan kongres Amerika dan sekarang didakwa dan dipenjarakan. Bermakna orang ini adalah penjenayah berbangsa Yahudi digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk menasihat pentadbiran Negara Malaysia. Amat Merbahaya!! Perkara ini diketahui oleh Duta Malaysia ke Amerika Syarikat. Ini berkait dengan imej Malaysia kerana ia berkait dengan nama negara bersekongkol dengan Yahudi yang ekstrem. Bayaran Malaysia secara rasmi kepada dia adalah melalui kedutaan Malaysia di Washington DC.

Jadi fikirkan, slogan 'Satu Malaysia' yang dibelakangnyaYahudi. Adakah ini strategi halus Yahudi untuk menyerang Malaysia. Sekarang slogan 'Satu Malaysia' diminati pelajar-pelajar sekolah, menjadi pembuka bicara "Salam Satu Malaysia", ditampal dimana-mana, kereta, papan, blog dan sebagainya…….

No comments: