Friday, March 5, 2010

JOM KITA PAKAT TURUN RAMAI-RAMAI

ISU ROYALTI MUNGKIN KE
JALAN RAYA - SALAHUDDIN
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Keengganan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan hak Kelantan untuk mendapat bayaran tunai royalti minyak mungkin akan menyebabkan isu itu dibawa ke jalan raya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya tidak boleh menolak kemungkinan isu itu akan di bawa ke jalan raya jika kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berdegil menafikan hak Kelantan untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak.
Justify Full
"Rakyat sudah berhimpun di dalam stadium dan majlis-majlis ceramah mengenai isu royalti untuk menyatakan bantahan mereka terhadap keengganan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

"Di Kelantan kini ceramah diadakan setiap malam seolah-olah menghadapi pilihan raya dan kehadiran begitu ramai rakyat membuktikan mereka membantah sikap degil Umno itu," katanya.

Jika bantahan rakyat yang disuarakan melalui kehadiran mereka dalam perhimpunan besar di stadium dan juga siri-siri perhimpunan dalam ceramah umum itu tetap tidak dipedulikan, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu tidak dapat menolak kemungkinan mereka akan berhimpun di jalan raya pula.

"Bukan di Kota Bharu, tetapi di Kuala Lumpur. Bukan sahaja anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur dan rakyat Kelantan yang datang beramai-ramai dari negeri itu, malah seluruh rakyat yang cintakan keadilan akan berhimpun," kata Salahuddin.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan kerajaan Najib supaya jangan menafikan kehendak rakyat dengan menolak royalti minyak kepada Kelantan.

Beliau juga mengingatkan, pertikaian mengenai minyak telah mencetuskan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979.

"Ayatullah Khomeini berumur 91 tahun ketika beliau memimpin kebangkitan menentang Shah lebih 30 tahun lalu,"
Malaysian Insider memetik beliau berkata.

Beliau mengaitkan revolusi itu dengan tindakan Mohammad Reza Pahlavi menyalahgunakan kekayaan minyak Iran.

Bagaimanapun, Razaleigh segera menafikan bahawa beliau mahu memimpin revolusi seperti itu.

Beliau juga menyifatkan kerajaan pusat berlagak seperti 'Godfather' apabila enggan membayar bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan.

"Kerajaan Persekutuan berlagak seperti Godfather walaupun kuasa mereka datang dari 13 negeri," kata Razaleigh sambil menyamakan sikap menindas Putrajaya dengan sikap ketua penjenayah.

Sehingga kini, tidak ada tanda kerajaan pimpinan Najib mahu mematuhi perjanjian antara Petronas dengan kerajaan Negeri Kelantan pada 9 Mei 1975.

Sumber daripada
: HARAKAH

3 comments:

Unknown said...

Salam saudari

Kerajaan suka tengok rakyat dibelasah FRU. FRU pula amat gemarkan darah!

su ha said...

Salam puan. Seronok niii.... lama dah tak kena gas.

jebat_berani said...

jika piala malaysia 2009 menyaksikan rakyat kelantan memenuhi 2/3 stadium bukit jalil dengan anggaran jumlah penyokong bolasepak kelantan ini adalah lebih 70 ribu orang...

maka adalah tidak mustahil bagi rakyat kelantan memenuhi jalan raya di kuala lumpur dengan lebih 100 ribu orang....

perbuatan kerajaan najib altantuya menafikan hak rakyat kelantan akan membangkitkan semangat rakyat kelantan di jalan-jalan raya di kuala lumpur...

kepada fru hamba nasihatkan buatlah persiapan yang jitu mental dan juga fizikal...jika sebelum ini stadiumdi bakar kini yang terbakar adalah semangat rakyat kelantan yang dinafikan haknya...

dan kepada kerajaan najib altantuya,jika masih berdegil bersiap sedialah menyaksiakan kebangkitan rakyat kelantan ini..

dan buat kak leha,sebagai anak jati kelantan,jebat menjemput kak leha secara eksklusif untuk hadir diperhimpunan ini..kalau tak kena tangkap jebat belanja akak makan ikan bakar di kg baru k.l..kalau kena tangkap selamat merasa roti kering dan teh o tak bergula istimewa dari chef penjara pudu..