Panass..Kalau Zahrain Boleh Gigit Ketua Dia,Pasti Dia Akan Gigit Ketua Kita - Ghafur
23 March 2010-Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) hari ini melahirkan rasa marahnya di Dewan Rakyat terhadap Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) kerana menamakan beliau sebagai antara lapan wakil rakyat Barisan Nasional yang kononnya diumpan bagi menyertai rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
"Saya sudah katakan saya tidak pernah diumpan, tidak pernah dipujuk dan tak pernah pergi Taiwan, bererti saya bukanlah golongan yang dipujuk untuk lompat. Jadi bererti umpan yang dibagi kepada rakan mungkin tidak cukup, jadi tidak lompat, umpan yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, sebab dia lompat," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Abdul Ghapur mendesak Zahrain, yang baru-baru ini keluar daripada Parti Keadilan Rakyat untuk menjadi wakil Bebas, supaya menarik balik kenyataan yang menamakan beliau antara yang diumpan untuk lompat parti serta meminta maaf kepadanya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Zahrain menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai komunis.
"Bolehkah dalam dewan ini tunjuk satu orang antara kita ini komunis. Ini (tuduhan Zahrain) bukan bukti, ini salah dari segi peraturan, mana boleh duduk dalam Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri seorang komunis," katanya.
Abdul Ghapur turut mempersoalkan tindakan Zahrain yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat dua tahun selepas mengetahui pembohongan peristiwa 16 September yang diilhamkan Anwar.
"Sekarang sudah jadi Bebas dan kemudian nanti mahu masuk Umno. Jangan terima orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia, dia boleh gigit ketua kita juga," katanya.
Abdul Ghapur berkata, beliau membangkitkan isu itu selepas dihubungi ramai pemberita setelah Zahrain menyebut namanya ketika membuat pendedahan di Dewan Rakyat mengenai rancangan Anwar mengambil alih kerajaan minggu lepas.
"Mungkin sekarang sudah gemuk, sudah kenyang, jadi macam-macam tohmahan, saya tidak tahu perjanjian dia dengan parti pembangkang, saya tidak tahu, saya bukan pernah di sana, tapi kenapa libatkan saya yang tidak ada dosa ini," katanya.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) kemudian bangun mencelah dan meminta Abdul Ghapur bertenang.
"Bayan Baru menceritakan, dia tidak menuduh Kalabakan, jadi...," kata Mohamad.Abdul Ghapur enggan memberi ruang serta mempertikaikan tindakan Mohamad mahu membela Zahrain.
"Takkan Sri Gading mahu bela, sedangkan saya dalam BN, mahu bela pembangkang yang mungkin mahu masuk Umno. Saya minta maaf saja, kalau orang seperti ini masuk Umno, mungkin Umno punya orang akan keluar," katanya.
Beliau juga enggan membenarkan Zahrain mencelah walaupun untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.Abdul Ghapur turut menyatakan pendiriannya berhubung tindakan keluar parti.
"Saya kalau keluar parti, (adalah kerana) saya tidak percaya kepada pucuk pimpinan, bukan kerana dibeli. Ini penting, jangan bikin tohmahan yang bukan-bukan," katanya.

2 comments:
Salam Kak Leha,
Si Zahrain ni.. dah buat wasiat ke belum... hi..hi..hi...
Kat mana nak letak muka kalu lagu ni punya cara..?
depan belakang kena hentam.,.??
Post a Comment