Thursday, March 4, 2010

HO..HO..ADA FINANCIAL PROBLEM JADI KATAK YA???BARU TAU....

Si Pengkianat ..!! YB Mohsin Jumpa Pak Najib Sebelum Keluar Parti..

Parti KEADILAN Cabang Bagan Serai sudah lama menjangka akan berlakunya episod keluar parti oleh Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzil Samsuri setelah melihat reaksi beliau yang degil walaupun setelah ditegur berkali-kali mengenai sikapnya yang banyak membelakangi parti.

Melihat kepada prestasi beliau yang tidak memberangsangkan Ahli Parlimen kawasan itu, kepimpinan parti banyak memberi nasihat dan menegur berhubung sikapnya namun tiada perubahan positif yang ditunjukkannya.

Ketua Cabang PKR Bagan Serai Md Nasib Rahim berkata sikap Mohsin yang keras hati dan tidak boleh menerima teguran yang diberikan kepadanya jelas menunjukan bahawa beliau akan mengikut langkah Ahli Parlimen Bayan Lepas Datuk Seri Zahrin Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng yang mengambil keputusan yang sama.

"Apa yang berlaku hari ini ibarat seperti anjing yang buruk kepala sudah dikutip orang dan dipinang oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Beliau bukan sahaja mempunyai masalah disiplin, malah juga mempunyai masalah kewangan sehingga menyebabkan beberapa projek ternakan lembu dan kambing yang diusahakanya banyak terbengkalai," kata Nasib sewaktu ditemui dalam satu sidang media di Pusat Khidmat PKR Bagan Serai.

Tambah Nasib, disebabkan masalah kewangan dan kepentingan peribadinya Mohsin nekad meninggalkan parti yang telah menaikkan beliau sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu.

Disoal mengenai bibit-bibit hubungan Mohsin dengan Umno dan BN, Nasib memberitahu Mohsin pernah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Zahid Hamidi tanpa pengetahuan parti.

Namun beliau percaya perjumpaan ini berkemungkinan untuk urusan tawaran harga yang akan diberikan oleh BN sekiranya beliau keluar dari PKR.

"Saya mendesak dan mencabar ahli Parlimen yang khianat ini meletakkan semua jawatannya termasuk Ahli Parlimen bagi memberi ruang dan kuasa kepada rakyat memilih wakil rakyat yang betul-betul diperlukan dan dengan mengadakan semula pilihan raya dan beliau boleh melihat adakah beliau akan diterima lagi atau tidak oleh rakyat," tegas Nasib lagi.

Oleh : Nangkubai

3 comments:

Ex-UMNO said...

Haramjadah punya pengkhianat, marilah kita semua doakan supaya pengkhianat dan keluarga nya di timpa bale bencana.

Unknown said...

Letak jawatan...???
Jgn dok ulangi perkataan ni lagi selagi hangpa dok dalam negara ini..
Kalau dah sikap lagu tu..
Perangai lagu tu..
tabi'at lagu tu..
Kelakuan pun lagu tu..
Tidak amanah terhadap pilihan mejoriti rakyat yg memilih...?
Ludahan rakyat pun tidak akan di-hiraukan..
mereka yg sewaktu dgn nya ni..lebih pentingkan kantong dari harapan rakyat..

Mohamadazhan.com said...

salam kak,

ni jadinya pemimpin lupa daratan...dah jadi sasau, mereka akan dibenci orang sampai bila2, ni akan tertulis sebagai sejarah politik hitam yang tidak boleh diubah suai lagi