Sungguh memalukan melihat keletah MB Haram Perak,
Zambry Kadir tiba-tiba mencabar MB Perak yang sah,
Nizar Jamaluddin serta kesemua 28 ADUN Pakatan
Rakyat Perak meletakkan jawatan bagi mmembolehkan
satu pilihanraya kecil diadakan dikawasan masing-masing.
Kenyataan itu dibuat Zambry hari ini, tatkala diwawancara
dalam satu rancangan khas terbitan media arus perdana
Perak FM(RTM).
"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang,
"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang,
bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka
dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak," katanya. Kenyataan
angkuh Zambry ini dibuat bagi bagi menutup maruah
setelah mendengar Nizar akan membubarkan DUN Perak
sekiranya beliau menang dalam penentuan "Menteri Besar
Perak Yang Sah" yang akan diputuskan hakim pada 9 Februari ini.
Biarpun kita tidak berapa yakin yang keputusan akan berpihak kepada
Nizar, namun MB Haram Zambry nampaknya sudah melatah dan takut
dengan tindakan tersebut. Malah Zambry secara lantang mengatakan
mereka tidak akan terikut-ikut dengan rentak permainan
pembangkang dalam isu ini. Zambry menegaskan bahawa
kerajaan negeri BN tidak akan membubarkan DUN bagi
membolehkan satu pilihanraya negeri semula diadakan seperti
yang dikehendaki oleh rakyat.
"Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak
"Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak
akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana
tidak mahu terikut-ikut rentak pembangkang ini,"katanya.
"Sebaik sahaja kita (BN) mentadbir, saya telah memaklumkan
bahawa kita tidak boleh selamanya bermain dengan politik
kerana rakyat di luar sana inginkan sesuatu daripada kita.
Ada masanya rakyat ingin memberi tumpuan kepada
perkara-perkara yang lebih penting khususnya dalam
konteks pembangunan ekonomi negeri,"katanya. Zambry yang
dilantik MB Perak Ke-11 pada 6 Februari tahun lalu menyatakan
keyakinannya bahawa sokongan masyarakat pelbagai kaum di
Perak terhadap BN akan terus bertambah disebalik pelbagai
permainan politik yang dimainkan oleh pembangkang. "Saya
yakin bahawa rakyat di Perak tidak akan termakan dengan
cara mereka (pembangkang) dan dengan adanya
perkembangan ekonomi yang baik, kedudukan keamanan
yang baik di Perak dan program pembasmian kemiskinan
efektif yang kita lakukan, saya yakin akhirnya rakyat akan
bersama-sama dengan kita... dengan syarat kita
pun kena buat kerja dengan kuat," katanya. Masalahnya
sekarang, jika Zambry benar-benar yakin bahawa BN kini mendapat
sokongan padu rakyat Perak maka kenapa beliau takut untuk
membubarkan DUN negeri bagi membolehkan satu pilihanraya
kecil diadakan. Mencabar Nizar adalah merupakan satu tindakan
bangang yang dilakukan oleh Zambry sebenarnya. Beliau
lupa, Nizar menang besar dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang
yang telah diadakan selepas BN merampas Perak itu. Kenyataan
Zambry ini juga melambangkan betapa dangkalnya pemikiran MB
Haram itu. Beliau lupa isu MB yang sah hanya akan diputuskan
pada 9 Februari ini. Maka itu, beliau tidak sepatutnya "perasan
sebagai MB" sejak merampas kuasa di Perak tahun lalu. Inilah
dia sikap sebenar pemimpin UMNO BN yang "hidung tak mancung,
pipi tersorong-sorong". Rakyat Perak tidak mahu mereka
sebenarnya, tetapi mereka kini memerintah dengan kuasa mahkamah
dan bukannya kuasa rakyat !.
Read more: http://loveperak.blogspot.com/#ixzz0eGw6jNpx
AM-nak uji kejantanan mari kita bubar DUN dan adakan PRK.Jangan jadi ayam jantan kokok berkiut ekor bergelumang tahi.
No comments:
Post a Comment