Wednesday, February 17, 2010

ADA PERASAANKAH NAJIB...hemoi...hemoi...hemoi..

Nelayan Langkawi Jamu Najib Ubi Rebus Sebagai Sindiran Kepada Kegawatan Ekonomi

"Ubi kayu rebus dicicah kelapa parut dan sambal tumis ikan bilis mungkin juadah biasa bagi masyarakat nelayan Kuala Chenang di sini." begitulah laporan akhbar Utusan malaysia hari ini tentang Lawatan Najib Tun Razak yang disambut dengan jamuan Ubi kayu rebus oleh penduduk Pulau Langkawi itu.

Bagi Najib dan ahli Umno-BN itulah program mesra rakyat yang berjaya menaikan imejnya. Tetapi pada rakyat marhaien, juadah itu adalah sindiran tajam masyarakat Nelayan dan marhaien dinegara ini yang begitu terkesan dengan kegawatan ekonomi.

Mac ini sahaja kira-kira 50 ribu kakitangan kontrak Kerajaan akan ditamatkan perkhidmatan dan mereka pasti akan mengalami masalah kewangan selepas itu. Selain itu dasar penjimatan kerajaan telah menyebabkan guru sekolah yang berkursus kini hanya makan nasi bungkus. Ianya jelas sebagai implikasi dari kegagalan pengurusan kewangan negara.

Tetapi yang rakyat sedikit terasa, dalam keadaan kerajaan yang gawat ini tiba-tiba sahaja majalah Malaysian Business mengumumkan Nazir Razak yang juga adik kepada Najib sebagai orang yang ke-40 terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai lebih AS$ 100 juta.

Tercekik pakcik makcik di Kuala Chenang yang sedang santai menjamu Ubi rebus bila membaca berita ini. Mereka pasti tidak lupa bahawa Syarikat kewangan CIMB yang diterajui Nazir pernah menerima bantuan Kerajaan sebanyak RM 3.5 Bilion pada Oktober 2008. Ketika itu Najiblah Menteri Kewangan Negara.

Dalam lawatannya di Kuala Chenang Najib hanya beri RM 7 juta kepada nelayan disitu untuk membina pelabuhan baru, tapi CIMB dapat RM 3.5 Bilion.

Rakyat pasti membuka mata dan faham akan hal ini. Dan Najib harus mengenang ubi rebus itu sebagai satu peringatan yang paling sinis dari rakyat Marhaien. Terima kasih kepada nelayan Kuala Chenang kerana memberikan simbolik yang begitu berkesan pada Najib. Kalau benar Najib mahu membuktikan yang dia berjiwa rakyat, selepas ini wajarlah beliau menjamu ubi rebus tiap-tiap hari sehinggalah keadaan ekonomi pulih.

4 comments:

budakbalun said...

hemoi..hemoi..hemoi..
ini ayat standard aning or kucing? cite Ninja kids tu kan???
hehehhee

anakmuaallaf said...

Sunsnake,
Sesuai la dengan cerita najib tu...Tapi bagi orang Kedah pula.."hemoi" tu maknanya datang juga dengan muka tak malu...

ISA said...

Kalau dah jenis muka tak tau malu.. dan takda maruah diri, apa dia peduli hemoi ka..? tak hemoi ka..?

jebat_berani said...

MEDIA PENGAMPU UM-NO DOK BUAT CERITA BAGI MENAMPAKKAN KESERDEHANAAN NAJIB ALTANTUYA YANG SANGGUP MENJAMU SELERA HANYA DENGAN UBI KAYU KETIKA MELAWAT RAKYAT..WALHAL HAKIKAT SEBENAR RAKYAT SEDANG MENYINDIR NAJIB ALTANTUYA DENGAN HIDANGAN UBI KAYU ITU...MEMANG BUTA KAYU BETUL LE PUAK PENGAMPU INI....HEHEHE