Wednesday, February 17, 2010

UMNO-CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR..

UMNO sebenarnya tak ada idea dalam penggunaan media baru.Cilok PR punya idea juga.Tetapi mereka tetap kata mereka advance dalam berpolitik.

Tengahari semalam saya hantar anak balik asrama,singgah makan di satu restoran di Pekan Cangloon, Kedah.Bukan main bersemangat lagi sorang mamat ni.Walaupun baju koperatnya lambang satu jabatan Kerajaan,tetapi cakap politiknya mengalahkan Najib.Mereka makan tengahhari di restoran yang sama.Mereka ada dalam 13 orang campur lelaki perempuan dalam bentuk meja panjang.Ada juga yang kelihatan tak seperti goverment staff.Mungkin AJK cawangan kut..

BOLEHKAH KAKITANGAN KERAJAAN BERPOLITIK?

Yang menarik minat saya,mesyuarat di meja makan itu ialah mamat yang poyo tadi kata "kita kena latih banyak blogger-blogger buat blog macam PAS buat"..."orang PAS blogger-blogger depa bini-bini AJK saja bukan keluaq universiti pun"..."anak muda PAS yang buat blog tu depa syok-syok saja tapi berkesan..tu yang kola lompo kita tumbang"..."la ni hangpa kena cari orang kita suruh buat blog...buat la kelas ajar depa..hangpa huloq la sepuluh dua...depa ni ada duit depa mau..."

tersenyum saya dan suami dengar perbualan mereka...ni mai nak habaq sikit kat mamat poyo tu..kami orang PAS memblog tak dak upah sekupang pun..kami buat kerana ALLAH..Sapa kata bini-bini AJK yang dok memblog u tak graduate...oii mamat jangan pandang sebelah mata no....anak-anak muda kami ada wawasan dalam politik...anak muda kami ada matlamat..orang muda geng kita..syabas anak muda PAS perjuangan anak-anakku menjadi ikutan UMNO rupanya..

9 comments:

Ayid said...

Salam akak,

Tun mahadhir pernah pernah kata 'PAS la ini bukan Parti Ketayab lagi. Yg Ada Ijazah dah masuk PAS itu sebab mereka cerdik. UMNO tak mahu terima yang ada ijazah kerana ketua cawangan takut kena cabar jawatan beliau'Tun Mahadhir' Jangan dok pelekih PAS lah bro. Dari segi bahasa kami PAS menguasi banyak bahasa. Inggeris, Arab, Urdhu selain bahasa Ibunda. keke keke

triple x malaya said...

melampau mamat tu sis..

walaupun blog saye tidak kearah politik.tapi saye tetap sokong tok guru.

ISA said...

Salam Kak..,

Lawak dan desperate betoi puak2 parti celaka tu, kalau takdaq duit depa tak boleh buat kerja.

Itulah bezanya perjuangan dengan hati yang ikhlas dengan yang kena upah.

Hasilnya tak akan sama...

anakmuaallaf said...

Salam Ayid,
Sokong Ayid..UMNO memang tak mau rakyat jadi pandai..nanti melawan depa balik...
Yang depa mau pandai hanya kroni depa saja...Supaya laba tak pergi pada orang lain..

anakmuaallaf said...

Triple x Malaya,
Akak dah tau adik akak ni sokong tok guru...Teruskan berjuang sebagai pemuisi..

anakmuaallaf said...

ISA,
Agak rasa jika ISA ada kat meja tu..mau dah terbang buku lima kat muka mamat tu..

budakbalun said...

salam kak leha..
sapa kata blogger pas takde cert?

teman ni haa..
sijil ada 4..
DIploma ada 2..
degree 1.. master baru je abis tahun lepas..
la ni tengah sambung doctorate kat UIA..

huh!!

splashhh!!
"woi! kau ni ngigau ke cakap sorang2 ngaku belajar tinggi ni?
SPM pun ngam2 lulus.. idak SAP!"
jerkah mak teman sambil mengetuk baldi yang baru je kehabisan air disimbah ke kepala teman!

anakmuaallaf said...

Sunsnake,
Cerita macam orang baru bangun dan terpaksa bangun aje dari tidur...
Dalam kerja dakwah kita jangan dok ambil pusing pasal cert.Yang penting kita buat kerana ALLAH bukan kerana duit dik ...

budakbalun said...

hehehehehehe..

betoi kak.. ada cert tapi dok menipu rakyat hari2 buat hape!