Tuesday, January 26, 2010

TEMPOH 24 JAM UNTUK TV3 DAN TV9 -DS NIZAR

IPOH: Menteri Besar Kerajaan PR Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta semalam bahawa seorang pegawai khas beliau merupakan antara 38 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

DS Nizar memberi tempoh 24 jam sehingga jam 3 petang esok untuk kedua-dua stesen televisyen berkenaan memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," kata DS Nizar kepada pemberita di sini hari ini.

Kita lihat DS Nizar berjiwa besar memberi ruang kepada pembawa fitnah untuk meminta maaf.Kita yang bertugas dengan DS Nizar melihat semakin musuh menekan DS Nizar,semakin kuat perjuangan DS Nizar menegakkan kebenaran.

DS Nizar berkata bahawa tindakan perundangan berkenaan tidak akan diteruskan sekiranya dua stesen televisyen itu memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 yang telah diberikan.

Tindakkan itu di ambil ekoran lapuran stesen tv berkenaan melaporkan pegawai khasnya ditahan SPRM.

Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini.

Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM, mereka ada di Ipoh, di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang.

Bekas Pegawai Khas YB Hj Nizar di pejabat MB dulu ada tiga orang, En. Amran, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah. Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang En Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, En Saharuddin, En Fadzil dan En Zainuddin dan En Bashir. Semuanya dilantik oleh YB Dato' Seri Hj Nizar.

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditahan, direman atau dihubungi oleh pihak SPRM. Jadi dakwaan tersebut adalah karut dan berniat jahat.

6 comments:

BUJANG SUSAH said...

copy eh.. hehehe

Unknown said...

Salam Zaleha. Fitnah sudah menjadi rukun hidup penimbang karat. Semua orang tahu hakikat ini. Tetapi mengapa masih ada dalam kalangan kita yang mahu bersekongkol dengan mereka? Ini yang sangat-sangat saya tak faham...

Unknown said...

Salam AM,

Carikan lawyer utk DS, saman je juta-juta biar lingkup media prima fraksi umno ni.

ISA said...

Salam Akak,

Media2 pencacai ni, tak habis2 nak buat fitnah.

Semak perut dengan kerenah diorang semua...

Na'im Nikmat said...

Firman Allah bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

pecinta_Islam said...

kalau mereka lakukan yg betul alhamdulillah lah..tapi kalau mereka fitnah kira semua yg terlibat bersubahat sama la..dan gaji yg diperolehi tu boleh dipertikaikan jgk..saya ada terfikir,adakah mereka sengaja membuat fitnah ataupun secara tak sengaja mendapat maklumat palsu dari pihak2 tertentu..muga segala kekusutan dapat diatasi.insyarallah