Berita DUN Perak akan bubar bermula setahun yang lalu, mesej dan maklumat dari berbagai sumber kononnya dari istana, dari Putrajaya, dari UMNO yang boleh dipercayai, dari pejabat SUK, dari hakim, dari polis, dari SPR, dan berbagai lagi. Ada yang mendakwa dapat maklumat dari kawan yang kenal rapat dengan pemandu PMlah, Zambrylah dan macam-macam lagi.
Ada yang terus percaya, minta PAS Perak dan PR terus bersedia menghadapi pilihanraya, yang mengambil kesempatan untuk projek cetak poster pun ada.
Ada juga yang mendakwa dapat maklumat dari kedai gambar, kononnya beberapa EXCO dan wakil rakyat BN telah ambil gambar calon di kedai mereka, begitulah rumus yang begitu kuat akan pembubaran DUN Perak.
Kesimpulannya sehingga sekarang DUN Perak tak juga bubar, Zambry pula senang hatinya boleh berjalan ke luar negeri bersama PM, sebelum ini ke US dan UK. Pimpinan PAS Perak pula cukup berhati-hati nak tinggalkan Perak, bimbang ketiadaan di Perak kemungkinan DUN Perak akan bubar.
Sekarang yang menjadi berita panas dalam SMS dan blog, kononnya keputusan hakim mahkamah federal dah bocor, 4 hakim memutuskan Hj Nizar MB yang sah, 1 hakim lagi mengatakan Zambry pula MB yang sah.

1 comment:
Akan jadi bila..?
Setelah perancangan mereka berjalan lancar..
utk memastikan kemenangan memihak kepada mereka walau dgn apa cara sekali pun..\/
Jgn lupa..
Lebih 400K pemilik mykad tidak dituntut then siapa diarahkan utk mengedarkannya..?
Pihak berkuasa dicadangkan memiliki mykad...?
pemilihan lebih awal dalam masa bertenang...?
Dan banyak lagi yg tak disebutkan..
p/s-berlaku lurus ibarat memenggal leher sendiri...mau tak mau mereka terpaksa bertungkus lumus ...bagi mencapai apa yg dihajatkan..
Namun sekiranya tak sattle..maka keputusan mahkamah akan tetap membenarkan..yg dok ada laa ni tu..
lastly ...manusia bukan akan menungkat langit..
Post a Comment