Thursday, January 21, 2010

SURAU DIBAKAR PM TAK NAK BAYAR 500 RIBU RM?????

Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini - sebuah daripadanya rosak teruk.

Menurut polis, surau tersebut terletak kira-kira dua kilometer dari satu sama lain.

Ketika dihubungi, timbalan ketua polis Muar, Lee Choon Guan berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.

Katanya, surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar.

Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.

Imam surau Kampung Sabak Awor, Haji Deris Sehan, 63, memberitahu Malaysiakini bahawa penyerangnya menggunakan minyak tanah untuk membakar tirai itu.

Katanya, seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli ketika dihubungi Malaysiakini, berkata kebakaran di suraiu pertama itu disedari oleh tiga orang yang sedang menaiki sebuah kereta ketika lalu di situ pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Menurutnya, apabila ternampak kebakaran tersebut, mereka berhenti kereta dan bergegas masuk untuk memadamkannya.

Mengenai sama ada ianya satu bentuk serangan ke atas surau tersebut, beliau berkata, pihak polis masih menyiasatnya.

Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat- sebahagian besarnya gereja - menjadi sasaran serangan bom api dan perbuatan vandalisme.

Ianya dipercayai ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God'.

Ekoran itu, mahkamah berkenaan memutuskan bahawa mingguan Katholik,
Herald, boleh menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Malaysianya.

Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai rayuan oleh kerajaaan terhadapnya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan mengenai insiden oleh ADUN DAP Bentayan, Gwee Tong Hing.

"Kita tidak tahu sama ada insiden itu ada sebarang kaitan dengan kes serangan ke atas beberapa tempat ibadat sebelum ini.

"Tetapi ia pastinya akan meningkatkan lagi keresahan di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, DAP mengutuk keras sebarang perbuatan seumpama itu yang menurutnya jelas bertujuan untuk mencetuskan rasa syak wasangska antara masyarat berbilang kaum dan agama di negara ini.

"Kita menggesa pihak polis supaya mempertingkatkan lagi siasatan dan mekanisme pemantauan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya, ke muka pengadilan, dan bagi mengelak insiden yang sama daripada berulang, demi memelihara kehidupan harmoni di kalangan rakyat kita," katanya.


9 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam kak,

puak2 UMNO ni bagi duit nak raih simpati saja...sedangkan byk saja sekolah2 agama rakyat yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

nak runtuh kan masjid surau ada lagi la kot, nak bagi duit jauh sekali...

Unknown said...

Salam Puan. Kita berdoa supaya perkara ini tidak berlarutan. Bukan sahaja orang Islam membenci perkara ini berlaku,saya percaya orang bukan Islam juga merasakan begitu. Pihak polis perlu serius dalam perkara ini.

azman kamarul said...

Salam..perkara buruk sebegini hanya dilakukan oleh mereka yang buruk hati dan buruk perut sahaja...ini tidak mengira apa bangsa atau anutan...

Eloklah semua pihak yang bertanggungjawab ke tas rumah ibadat masing-masing mengambil inisiatif untuk menggaji pengawal keselamatan agar keadaan ini lebih terkawal serta dapat membantu pihak polis untuk memantau keadaan.

Kalau dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan hanya setakat nak kenakan ISA sahaja tak ada kesudahannya...

Kita sebagai rakyat yang faham dan bertanggungjawab marilah laksanakannya....kalau nak tunggu pihak pimpinan atasan SAMPAI KIAMATLAH BARU NAK MULA BERTINDAK...CAKAP SAJA YANG BERDEGAR-DEGAR SAMPAI NAIK BERBUIH MULUT...

anakmuaallaf said...

Waalaikummussalam Mohamadazhan,

Islam melarang keras membuat keonaran pada mana-mana rumah ibadah.Jelas.Maknanya orang yang buat kerja sebegini orang tak beragama sebab agama lain juga menuntut keharmonian.

anakmuaallaf said...

Salam Babah,

Kita harap pun begitulah.Polis jalankan tugas mereka.
Masalahnya Melayu Malaysia ni pelik sikit.Nak ambil hati konon...Kera dihutan disusukan anank dipangkuan mati kebuluran..

anakmuaallaf said...

Salam Tan,

Pada adatnyalah orang yang cakap berdegar-degar ni...mulut aje yang bergerak.Kaki dan tangannya mati.

terokai seni said...

besalah kalu part orang islam, umno buat tak endah aje... dah tau camana teruk dikutuk pon orang kampung undi dia jugaaa

anakmuaallaf said...

Salam cemomoi,
Itulah masalah pokok bagi muslimat bila turun pi berkempen.Depa nak sokong Kapal Layor juge..

Na'im Nikmat said...

Wahai UMNO janganlah bermain dengan api nanti terbakar diri.....