Thursday, January 21, 2010

BANG MAT SABU!!!!!!! SPR BUAT HAL LAGIIII....BILA KITA NAK LAWAN BALIK????

Perluas hak undi pos karut,
undur ke belakang



KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS menyifatkan cadangan Suruhanjaya

Pilihan Raya (SPR) untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada

mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting

sebagai mengarut dan tidak masuk akal serta tindakan undur ke

belakang.Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata,

langkah itu undur kebelakang kerana sistem undi pos yang ada

sudah banyak menimbulkanmasalah dan mahu dibuang apatah

lagi dengan tindakan mahu menambahkan

golongan yang layak mengundi pos.

"Saya mengesyaki ada agenda tersirat dalam langkah ini jika benar

SPRbercadang berbuat demikian," kata beliau kepada Harakahdaily.

Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk
AbdulHalim Abdul Rahman pula berkata,
prinsip PASjelas untuk memansuhkan undi
pos di kalangan
anggota polis dan tentera dan tidak akan
bersetuju jika ianya mahu diperluaskan
kepadapengundi selain mereka.

"Ini cadangan yang mengarut. Pada

dasarnya PASmemang tidak bersetuju

sebab kita berjuang selama

ini untuk hapuskan undi pos di kalangan

polis dan tentera,

tiba-tiba SPR nak luaskan hak pengundi pos," katanya

ketika dihubungi Harakahdaily, sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu juga berkata, cadangan itu

hanyalahrancangan politik Barisan Nasional (BN) untuk

meningkatkan jumlah undi mereka.

"Ini rancangan politik Kerajaan BN untuk mengawal pengundi

supayamengundi mereka, tidak lebih dari itu. Tidak munasabah

SPR membuatcadangan itu," katanya.

PAS, katanya akan meminta penjelasan daripada SPR berhubung

perkara itu dan bersedia mengadakan pertemuan untuk berdialog.

"Kita akan dapatkan maklumat terperinci dan minta penjelasan dari

pihak SPR berkenaan perkara ini. Kalau perlu kepada pertemuan,

kita akan bertemu mereka," katanya lagi.

Sementara itu, salah seorang jurucakap Gabungan Pilihan raya Bersih

dan Adil (Bersih), Mohamad Sabu berkata, cadangan itu merupakan

satu lagi cara yang membolehkan Umno/BN memanipusi undi pos untuk

kemenangan mereka.

"Kita memang tidak setuju. Kalau semua orang boleh mengundi pos,

lagi banyak berlaku manipulasi undi pos," katanya yang juga Ahli

Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau juga menegaskan, cadangan SPR itu menunjukkan mereka

sedang cuba menghapuskan kebebasan para pengundi kerana undi

pos memang diragui ketelusannya.

Sebelum ini, salah satu daripada empat tuntutan Bersih ialah

menghapuskan undi pos.

"Lagi teruk demokrasi kalau laksanakan cadangan ini.

Ini usaha ke arah nak tutup ruang kebebasan dan demokrasi

dalam pilihan raya," tegasnya.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkata,

doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan

mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dibuat menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang sedang diteliti oleh SPR.

3 comments:

Mohamadazhan.com said...

Apa pula la taktik jahat UMNO ni...
jom kita turun demo lagi, kali ni 200 ratus ribu.hehe.

anakmuaallaf said...

Jom kita pakat-pakat pi..Kali ni kita bersedia awal..Bila tu..Kena contact bang mat ni..betul tak Mohamadazhan

Ayid said...

Sejak bila pulak SPR dapat giar belakang ini. Orang makin ke dedepan dia makain ke belakang. podak