Tuesday, January 12, 2010

Muslimat Selangor hantar memo kenaikan harga gula

Muslimat Selangor hantar memo kenaikan harga gula


Ekoran kenaikan harga gula 1 Januari lalu Dewan Muslimat PAS Selangor akan menyerahkan
memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya esok.

Memorandum itu akan diserahkan oleh Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan bersama Ajk Dewan Harian di Putrajaya jam 3 petang esok.

Mewakili suara wanita Selangor beliau menyeru penglibatan semua wanita khususnya suri rumah supaya turun bersama-sama ke Putrajaya bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga gula.

Berhubung kenyataan Sabri yang tidak memberi jaminan tentang harga gula akan kekal pada RM1.65, beliau menegaskan Muslimat Selangor akan mengadakan demo bagi membantah kenaikan tersebut.

Beliau menyelar sikap pimpinan Umno/BN yang ingin menjuarai suara rakyat tetapi dalam masa yang sama kehidupan rakyat terus ditekan dengan kenaikan harga barang-barang asas.

"Saya berharap semua wanita Selangor dan seluruh negara akan turun membantah kenaikan harga gula esok petang di Putrajaya," tegasnya.

5 comments:

triple x malaya said...

salam sis...

lagi2 harge barang naik...

Riesna Zasly said...

satu gesaan yang baik dan aman untuk meluahkan rasa prihatin rakyat

neem said...

terima kasih kerajaan!

neem said...

terima kasih kerajaan!

LanaBulu said...

Teman sokong tindakan muslimat selangor ..
Sebenarnya ramai yg menyokong tindakan tersebut tapi secara diam2..terutama NGO2 seluruh negara..