Tuesday, January 5, 2010

CUBA KITA BACA DAN FIKIR-FIKIRKANLAH...

Ada 1 mel masuk ke peti email.Panjang berjela juga email dia.Satu soalan yang dia tanya "lepas ni gereja-gereja boleh gantunglah perkataan Allah dalam gereja?"Maka saya terjumpa tulisan ni dari blog wak Reply email dia.Wak jangan marah kak leha copy ni...Tapi tulisan ni tak dapat menjawab soalan email tadi.TOLONG USTAZ-USTAZ DAN USTAZAH-USTAZAH NAK JAWAB MACAM MANA NI...


TERIMA KASIH PAS !!

Sejak aku belajar, dari Pakistan hingga ke Mesir, aku tidak pernah berjumpa sebarang larangan pun untuk Non Muslim menggunakan kalimah Allah. lalu, apabila ada sebilangan ulama-ulama PAS menghalang, padaku, itu adalah teramat pelik, kerana ia menyalahi dengan pengajianku selama ini.

Padaku, Jika kita melihat ada perbedaan antara ilmu yang kita belajar dengan apa yang dilakukan oleh orang lain. kita boleh mengubah pendirian kita, tetapi dengan syarat, hendaklah disertakan hujjah dan bukti yang lebih kuat dari apa yang kita pegang selama ini.

Pun begitu, sekiranya tindakan orang lain itu tidak dapat mendatangkan hujjah yang lebih kuat dari apa yang kita faham, adalah satu tindakan yang salah jika kita mengikutnya. Tidak kira orang yang menyalahi kita itu seorang yang bergelar Tuan Guru, atau berdarjat PHD atau sebagainya. Itulah prinsipku dalam ilmu, dan aku sangat menerima, apabila Pak Bakaq Haq pernah sebut kepadaku, "Hampa kena wala' dengan Ilmu Hampa"

Padaku, jika PAS mengambil sikap menghalang, bermakna PAS telah melakukan beberapa perkara berikut, (1) menyanggahi Al-Quran yang membenarkan penggunaan kalimah “Allah” bagi Non Muslim, (2) menafikan hak Non Muslim yang diberikan oleh Islam itu sendiri.

Pun begitu, apabila ditimbulkan isu ”bimbang”, aku terima. Cumanya, cara pengurusan kebimbangan itu tidak cukup sekadar kita menyebut ”Aku bimbang la”. Ataupun, kita menafikan hak mereka. Tetapi, kebimbangan ini perlu dilakukan sesuatu tindakan sehingga tidak mendatangkan kemudharatan kepada Islam, sama ada dari sudut orang Islam, ataupun dari sudut orang Bukan islam.

Dari sudut orang Islam, bahawa dengan keizinan itu tidak menyebabkan orang Islam akan keliru. Dari sudut orang Bukan Islam pula, bahawa mereka tidak merasa meluat dengan Islam disebabkan mereka melihat seakan-akan Islam menafikan hak mereka.

Padaku, kalimah ”Allah” ini mempunyai karamahnya dan mukjizatnya tersendiri. Allah SWT sendiri ada menyebut, dengan zikrullah boleh menenangkan jiwa. Firman Allah;

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya;
“Ketahuilah. Dengan menyebut “Allah” boleh menenangkan jiwa”

(Surah Ar-Ra’d : 28)

Cuba bayangkan, jika setiap hari non Muslim itu menyebut kalimah ”Allah”, apakah tidak sampai satu masa nanti, Allah akan buka hati mereka dengan maksud kalimah ”Allah” mengikut maksud yang sebenar – iaitu Allah yang maha esa. itupun, jika kita yakin bahawa kalimah Allah itu ada mukjizatnya tersendiri.

Walaubagaimana pun, aku berterima kasih dengan PAS ekoran keputusan semalam yang memberi keizinan terhadap penggunaan Allah ini. Pun begitu, keizinan itu perlu diberi keizinan dalam konsep siyasah Syariiyyah. Iaitu, berfikir dan bertindak agar keizinan ini tidak melahirkan mudharat, bahkan hendaklah boleh melahirkan maslahah kepada islam itu sendiri.

Justeru, keizinan ini memerlukan perancangan dan plan tindakan yang bijak dan berhikmah. Kerana, jangan dilalaikan bahawa golongan bukan Islam juga mempunyai agenda pada kalimah ini. Makanya, kita umat Islam juga perlu menyusun agenda yang bijak sepertimana yang telah dilakukan oleh nabi SAW.


Sekian

"Allah For All * Islam For All"

"Islam Adil Untuk Semua"


Wallahu ’Alam

Al-Bakistani

6 comments:

triple x malaya said...

i luv islam...

Unknown said...

Salam Puan Zaleha. Jawapan saya "wallahualam bissawab wa ilaihi marjiu wal maaf"...

Unknown said...

Sy x boleh komen .tp mmg bimbang kalau2 disalahgunakan.

terokai seni said...

aku akan terima kalu ijma' ulama' seluruh dunia membenarkan penggunaan tersebut. di kala ini masing-masing memberikan pendapat sendiri-sendiri dengan kemampuan berfkir yang berlainan. ingatlah ini perkara dasar yang bersangkutan dengan akidah bukan perkara furu' (cabang) dan perlu diingat juga sejauhmana dia mengembara melihat toleransi islam, pendapat majoriti tidak sentiasa benar kerana pelbagai faktor seperti mungkin perkara ini telah wujud sejak lama dulu dan berlarutan tanpa ada siapa peduli. lihat sahaja di indonesia, penggunaan yang berleluasa akhirnya dalam satu rumah, suami isteri berlainan agama dan anak pula ikut agama apa.. semoga kita dihindari dari malapetaka murka Ilahi

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam AnakMuallaf,
Saya sendiri fikir tidak setuju dengan penggunaan itu. Tapi, saya tunduk kepada al-Qur^an dan as-Sunnah. Kerana kedua-duanya adalah maha benar lagi maha adil.

jebat_berani said...

hamba adalah insan yang daif akan ilmu agama...cuma hamba seakan-akan hendak bersetuju dengan apa yang ditiliskan dalam n3 ini...

tapi hamba juga merasa bimbang jika penggunaan kalimah allah ini akan mendatangkan kemudaratan kepada penganut islam..

namun hamba juga menyakini akan keistimewaan kalimah allah dalam melembutkan hati manusia...adalah tidak mustahil penggunaan kalimah allah oleh bukan islam akan membuka pintu hati mereka mengenali ajaran islam..

agak susah untuk kita semua memberikan jawapan dalam isu ini..dikala jauh disudut hati kita agak keberatan untuk membenarkan orang bukan islam menggunakan kalimah allah,al-quran dan hadis pula memberikan keizinan..

jadi disini apakah kita ingin memperjuangkan kehendak hati atau pun apa yang telah diajarkan oleh al-quran dan hadis??apakah ada pencanggah didalam al-quran dan hadis takala membenarkan bukan islam menggunakan kalimah allah??

kita telah mendengar pelbagai versi ulasan oleh para ustaz dan ulama berkenaan penggunaan kalimah allah ini..ada yang keras menentang dan ada juga yang tegas membenarkannya..bagi kita yang cetek ilmu pengetahuan agak sukar untuk membuat keputusan yang mana harus kita turuti...

bagi hamba secara pribadi,jika penggunaan kalimah allah ini oleh bukan islam boleh mendatangkan kebaikan dan membuka pintu hati mereka untuk mengenali islam dan juga dapat kita pastikan tidak berlaku penyelewengan terhadap penggunaan kalimah allah ini hamba bersetuju membenarkan..

namun jika penggunaan kalimah allah ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang islam dan juga tiada jaminan bahawa penggunaan kalimah allah ini tidak akan diselewengan oleh bukan islam hamba agak keberatan...

sebagaimana kita berjuang membawa slogan pas for all..percaya dan akuilah bahawa islam terlebih dahulu membawa slogan ini...ayuh kita semua perjuangkan islam untuk semua...