Thursday, December 3, 2009

YURAN PULAK NAIK..SEKOLAH TAK BUKA LAGI..

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.

Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.

Katanya, jumlah bayaran tambahan itu akan diumumkan kelak dan ia boleh dibayar ketika sesi persekolahan bermula.

"Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.[/b]

"Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas [b]hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Dalam pada itu, Alimuddin berkata, mesyuarat itu kebiasaannya akan diadakan setiap hujung tahun bagi meneliti persiapan persekolahan serta menangani pelbagai isu yang timbul sebelum bermulanya sesi persekolahan baru.

"Dalam mesyuarat tersebut, apa jua perkara berbangkit seperti infrastruktur, perabot, peralatan dan jumlah guru akan diperbincangkan.

"Ini bertujuan agar para pelajar dapat mengikuti sesi persekolahan dalam keadaan selesa serta memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaanbaik," jelasnya.

Sesi persekolahan baru bermula pada 3 dan 4 Januari ini.

9 comments:

rosnanie said...

salam AM, terima kasih sebab sudi jadi sahabat saya

setiakasih said...

Salam..
dulu2 pun tak de bebende ko-ku yang banyak.. menjadi jugak.

kenapa perlu kenakan bayaran tambahan??

Ingat mak bapak budak ni cop duit ke apa? Apa guna dana kerajaan, cukai2 yang dikutip? Mana pergi duit tu?

Kalu anak sorang tak pe.. kalu 5 org. tak ke naya?

Pihak sekolah atau Kementerian tak boleh ke buat kerja ikut budget..?

Yang buat projek besar2 duit tak de.. peras duit rakyat plak...?
Apa yang diutamakan... utamakan rakyat untuk kutip dana? Abis tu kerajaan buat apa.. Menteri Pelajaran tengok je?

Unknown said...

Dasar Lanun..

anakmuaallaf said...

Salam Rosnani,
Agaknya kita punya hobi yang sama kot n chemistri yang kuat.

Setiakasih,
Itulah kerja depa bukannya nak fikir sangat pasal orang kampung yang susah yang kais pagi makan pagi kais petang bayar hutang.

Ijoks,
Bapa kepala lanun tu sapa ya?????

Ayiem said...

nak kena jawab ke AM soklan saper bapak lanun tuh?

Kalau bagi ler pilihan jawaban yang ada A,B,C,D senang skit nak pilih....

kalau tak de pilihan susah ler skit nak jawab kekekekekeke...

tst

Na'im Nikmat said...

Inilah dasar Kapitalis....

anakmuaallaf said...

Salam,

Ayiem,
Jika soalan objektif kena pilih satu je..jika subjektif boleh jawab semua sekali individu yang terlibat.

Na'im,

Kapitalis ni dia kaut semua sekali tak tinggal satu pun kalau boleh habuk pun dia nak sedut.Itulah UMNO dulu kini dan selamanya..

Unknown said...

Biasalah..inilah yg dikatakan "tradisi membela rakyat"..
1Malaysia lah katakan..
apa lagi..?
Tersalah pilih..rakyat mehran yg menanggung akibat berpanjangan..
bebanan hidup...

Unknown said...

Biasalah..inilah yg dikatakan "tradisi membela rakyat"..
1Malaysia lah katakan..
apa lagi..?
Tersalah pilih..rakyat mehran yg menanggung akibat berpanjangan..
bebanan hidup...