Thursday, December 31, 2009

SPR MEMBELIT LAGI


SPR membelit macam ular.Demi menjaga tuannya dia sanggup membelit siapa saja.Tuannya siapa lagi jika bukan UMNO-BN.Dia main belit saja asalkan dia tembun lemak.Pakit cekang.






SPR Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia logotype
Tempoh bertenang selama 24 jam dan proses penamaan calon selama tiga hari merupakan antara cadangan kepada pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 bagi membendung kekecohan dan keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong-penyokong parti bertanding.

Jika cadangan itu diluluskan maka tempoh bertenang akan bermula sehari sebelum hari pembuangan undi berbanding bermula pada pukul 12 tengah malam sebelum hari pengundian sekarang ini.

Cadangan supaya tempoh penamaan calon dipanjangkan selama tiga hari pula untuk mengelakkan pertembungan penyokong parti-parti bertanding yang datang secara serentak.


Sepatutnya SPR buat pindaan perkara di bawah ni..

1.Penggunaan Dakwat Kekal
2.Pembersihan Daftar Pemilih
3.Pemansuhan Undi Pos
4.Akses Kepada Media

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan, cadangan berkenaan merupakan sesuatu yang mengarut dan tidak berfaedah.

Beliau berkata, cadangan supaya tempoh penamaan calon dilanjutkan selama tiga hari hanya membuang masa dan merugikan.

"Ini mengarut dan buang masa. PAS tolak sama sekali cadangan ini," katanya kepada mStar Online

No comments: