SIMPOSIUM FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI MALAYSIA
TARIKH
23 - 24 Disember 2009 / 06 – 07 Muharam 1431H
TEMPAT
Dewan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam
PERASMIAN
Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim
Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor
UCAPTAMA
Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhayli
Tokoh Ulama’ Syria
ANJURAN
Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL)
Dengan kerjasama
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)
PENGENALAN
Malaysia dibentuk dengan menerima realiti kepelbagaian penduduk sebagai warganegaranya walaupun masih mengekalkan kedudukan Islam dan Melayu sebagai teras dan asas kewujudannya. Dalam menanggapi perkembangan politik yang berlaku lebih-lebih lagi dengan perkembangan siasah dan sosial semasa menuntut para ulama, sarjana dan cendekiawan Islam untuk menggemblengkan segenap tenaga ijtihad pemikiran dengan mengaplikasikan segala bentuk ilmu usul dan furu’ yang ada untuk memberikan penyelesaian terhadap beberapa permasalahan yang berkaitan dengan hubungan masyarakat Islam dan bukan Islam dalam konteks negara ini secara kontemporari.
OBJEKTIF
1. Berdiskusi mengenai prinsip-prinsip asas dalam pembinaan hukum fiqh bagi membentuk gagasan fiqh masyarakat Bukan Islam.
2. Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat bukan Islam dengan membongkar khazanah fiqh ahl zimmah yang telah disusun oleh para ulama silam seraya memberikan input-input baru sesuai dengan situasi masa kini.
3. Mencari penyelesaian yang bersepadu bagi mencadangkan bagaimana menangani permasalahan yang timbul berkaitan dengan hubungan antara masyarakat yang pluralistik terutamanya yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam, hak bukan Islam, hak asasi manusia secara keseluruhan serta kesan yang timbul dari segi aqidah, syariat dan akhlak.
4. Membentuk gagasan fiqh masyarakat Bukan Islam berdasarkan prinsip-prinsip yang muktabar untuk memberikan panduan kepada umat Islam khasnya dan bukan Islam umumnya.
PENYERTAAN
Seminar menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuhan gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, serta orang perseorangan.
Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 20 Disember 2009 dengan menghubungi:
Sdra Mohd Azmi : 013-384 0710
Sdri Siti Asiah : 016-261 5547
Faks : 03-7955 4300
Email : pumpusat@yahoo.com
Blog
http://ulamadaily.blogspot.com
5 comments:
salam ziarah umi,
menarik program yg dianjurkan oleh kerajaan negeri, sesiapa yg berkesempatan elok sgt lah pergi. Ulama besar dari Syria dtg.
Ulama' yg di jemput tu dah dpt tauliah dari JAIS ke,bukan wahabi ke? hehehe..
Waalaikummussalam Azhan,
Ramai lagi cendikiawan yang akan hadir untuk membentangkan kertaskerja.Umi memang minat tapi ada urusan lain...
Salam Ijoks,
Tauliah dari Allah dah cukuplah asalkan tak menyeleweng..
Jais Bab forum macam ini dia tak kacau, yang di kacau bab kuliah kar masjid aje.Sebab dia tak anak orang ramai kat masjid
Post a Comment