Thursday, November 12, 2009

Nama Saja Islam tapi Jadi Pengarah Syarikat Arak...


DARIPADA : DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN
(PENDANG)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 11.11.2009
SOALAN NO : 38

Dr. Haji Mohd Hayati bin Othman ( Pendang ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah orang-orang Islam yang terlibat sebagai Pengarah syarikat berkaitan arak dan judi di dalam Negara Malaysia.

JAWAPAN :

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 117 orang Pengarahsyarikat berkaitan arak yang beragama Islam dan tiada orang-orang Islam yang terlibat sebagai pengarah syarikat judi di Negara ini.

Itulah jawapan yang ana dapat pada hari ini , amboi mak ah ,sampai 117 orang yang jadi pengarah syarikat arak yang telah jelas termaktub dalam al Quran akan haramnya dan jelas kalau dah haram tu, maka benar dan sesuailah bila kita lihat hadis nabi menyatakan bahawa setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka api neraka adalah lebih aula lagi baginya.



Itulah agaknya bila kita nak kawal pasal arak ni, heboh seluruh pelusuk alam bising hal ini kerana bukan sahaja yang bukan Islam, tetapi yang mengaku Islam pun tumpang cari rezeki dalam kilang tu.



Itu dikalangan yang jadi pengarah, tetapi yang jadi pekerja tentulah lebih ramai lagi agaknya. Sampai dulu pada satu ketika pernah ana dengar ada persatuan Islam didalam kilang arak yang menjemput ceramah agama didalam kilang arak ini daripada seorang penceramah terkenal tanah air .

6 comments:

shaniza said...

Salam..
Entry yg baik tapi, Sakit mata tengok gambar arak..
entry ni tentu lebih molek tanpa gambar arak. Bukan nak iklan arak tu kan? Maaf jika menyinggung perasaan..

anak muallaf said...

Salam Shaniza,

Awalnya akak terfikir juga nak copy dari blog dr.Ada muslimat Kedah kata letak aje sekurang-kurangnya orang islam ni celik mata dan ada rasa jelik pada air syaitan ini...

Na'im Nikmat said...

Hasil tarbiyah UMNO berjaya melahirkan ramai Pengarah2 Syarikat Arak.Bangga tak jadi UMNO???

Liyana said...

menakutkan..camne dia bagi makan kat anak2 if keje kat tmpt mcm 2

zai said...

Salam Kak Leha...

Kalau benda haram dah masuk dalam perut..tak mustahil akan melahirkan generasi yg rosak akhlak juga kan ? Mungkin sbb itulah terlalu banyak masalah sosial sekarang ni kerana pihak2 yg bertanggungjwp terlalu banyak menutup mata tentang benda2 yg haram dan tak kisah pula kalau ada pemimpin2 islam menerajui syarikat arak. Nak jalankan hudud ? pasti mustahil kerana pasti ada pemimpin yang terasa seakan terdera emosi kalau diluluskan kerana terkena batang hidung sendiri.

Ayid said...

Lagi dalam Surah Al Maa-idah pada Ayat 90 hingga 91. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). " ShodaqALLAHul'Azim.


menjalankan perundangan Al Quran dan hukum-hukum Allah adalah WAJIB, sebagaimana yang Allah Perintahkan dalam Surah Al Maa-idah pada Ayat 44, 45 dan 47 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim...

44. "....Barangsiapa yang tidak menghukumkan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. "

45. "....Barangsiapa tidak menghukumkan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.