Thursday, November 19, 2009

MEMALI DALAM KENANGAN

oleh : Ust Nasrudin Tantawi

1. Biarpun 24 tahun telah berlalu , tragedi Memali yang menyaksikan kekejaman UMNO dan BN masih segar dalam ingatan ummat Islam khasnya keluarga syuhada' Memali .

2. Insyaallah , saya dan Ustaz Azman Syafawi [ Timbalan Ketua DPPP ] akan menziarahi maqam syuhada' Memali hari ini bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah .

3. Perginya asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan rakan - rakan adalah kehilangan besar buat perjuangan Islam di Malaysia amnya dan Kedah khasnya .

4. Malangnya ada pihak yang cuba untuk mempalit persepsi negatif kononnya perjuangan syuhada' Memali adalah pelampau agama dan lebih jahat apabila syuhada' dikaitkan sebagai ajaran sesat sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo tempohari .

5. Namun saya yakin , firman Allah swt di dalam surah ali Imran ayat : 169 :

dan janganlah engkau menyangka orang yang mati terbunuh di jalan Allah swt itu mati , akan tetapi mereka hidup dan di sisi Allah swt mereka senantiasa mendapat rezeki .

Biarpun 24 tahun telah berlalu , perjuangan mereka masih hidup di hati ummat Islam . Al Faatihah buat semua para syuhada' Memali .

3 comments:

Na'im Nikmat said...

Sesungguhnya mereka yang syahid ini membawa slogan perjuangan:
“ALLAH matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perlembagaan kami, Jihad perjuangan kami & Syahid setinggi-tinggi harapan kami". Takbir ALLAHUAKBAR!

Muallim Adham said...

salam..
sedih sungguh bila kita baca peristiwa memali ni huhuhuhu..

anakmuaallaf said...

Na'im dan cikgu adham,

Semasa peristiwa Memali ni akak tinggal di Sik Kedah.Daerah Sik bersebelahan dengan daerah Baling.
Akak baru berkahwin masih dalam mood honeymoon.

Bila abang pergi out station dan melalui jalan Memali pada hari kejadian akak merasakan seolah-olah abang juga turut pergi berjihad.

Semasa perintah berkurung diisytiharkan kami melalui jalan Memali,kereta kami di periksa seolah-olah kami ni pengganas.