Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Antara hikmah berdiam diri:
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Mengenai diam, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang banyak perkataannya (bercakap), nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barang siapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." (Hadis riwayat Abu Naim)
قوله صلى الله عليه وسلم : من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam."Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa diam maka dia terlepas dari bahaya." (Hadis riwayat At-Tarmizi)
Madah dari hukama':
* Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik daripada orang bodoh yang banyak cakap.
* Menasihati orang yang bersalah tidak salah. Yang salah ialah memikirkan kesalahan orang lain.
1 comment:
Benar!!! Sememangnya benar. Tak persoal sikit pun.
Namun sebagai teman merasakan sebagai seorang sahabat ingin benar melepaskan sikit ketidak puasan dihati kecil ini ttg 'statement' yg tersebut berdekatan dgn latarbelakang anak muallaf itu.
Rasanya eloklah diubah ketempat lain atau pun dipinda dan dioleh agar mesejnya sampai tapi tiada hati yg terasa..terkilan..dsb
Seolah-olah..selagi statement itu masih tertera di sana AM seperti masih mendendami peristiwa lama..sedangkan semuanya yg kita lalui adalah sebahagian dari pancaroba kehidupan..semuanya adalah dugaan dari Allah utk merek yg terpilih..Tidakkah AM (ataupun sesiapa saja yg berkait dgn AM)terasa bertuah kerana dipilih oleh Yang Maha Esa..?
Yg membaca pun melayu..
Yg memberikan komen pun melayu..
Yg menjadi follower pun melayu..
Yg menyayangi mu sekarang pun melayu..
Janganlah kerana setitis nila habis susu sebelanga nak ditumpahkan..
Setidak-tidaknya sekiranya kita tak minum susu tersebut masih lagi berguna utk yg lain..
Ini adalah sekadar pandangan..Teman menghormati setiap keputusan yg diambil oleh AM..
Dan sejuta kemaaf skiranya teman tersilap faham maksud statement tersebut "Anak muaallaf berjaya atas penghinaan masyarakat yang bernama melayu."
Post a Comment