Thursday, October 29, 2009

UG-UG..EGM-EGM.. DAH TAK DAK DAH..TUTUP RAPAT JIP

Hikmah di sebalik kemelut PAS tiada seorang pun yang nampak.Hanya pandai mengungkap "ada hikmah disebalik kejadian ini".
Pandangan akak Allah hendak menaik darjat PAS.Dan Allah mahu membersihkan PAS dari pimpinan yang bermasalah.Allah menggoncangkan barisan pimpinan maka timbullah UG..EGM.Maka kita sudah nampak corak pimpinan semasa Allah menggoncangkan barisan ini.
Berbaik sangkalah kita pada Allah sesungguhnya ALLAh mahu perjuangan PAS ini dipimpin oleh seorang ketua yang bersih dan suci corak kepimpinannya.



Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat.






1] Perkukuhkan Pakatan Rakyat. Semua pimpinan dan ahli PAS diminta beriltizam untuk untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu seminar khas mengenai pengukuhan Pakatan rakyat akan dilangsungkan. Penulis merasakan seminar itu adalah seminar yang sama yang akan dijalankan pada bulan Disember nanti.

2] Satu lembaga displin dibentuk dengan diketuai oleh Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi menangani isu-isu displin yang sedang berlaku di Negari selangor.

3] Isu Unity Government atau Kerajaan Perpaduan sudah tidak berbangkit lagi. Tiada lagi kerajaan perpaduan selepas ini.

No comments: