Thursday, October 29, 2009

SEKOQ KATAK PKR LOMPAT LAGI


ADUN PKR Pelabuhan Klang umum jadi bebas.

Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah (gambar), sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

4 comments:

~PakKaramu~ said...

Revolusi islam tu mereka tidak mahu menegakkan agama melalui politik kepartian, so cara apa ? Apa lagi cara macam Rasullullah buat la hu hu hu

perang sana dan sini, mereka tak pakai mulut tapi pakai senjata, ada berani ka ?

Unknown said...

Bagus. Potong saja mana-mana anggota yang tidak berguna dan mendatangkan mudarat.

anakmuaallaf said...

Wah hebat pakKaramu..saja nak mengacah tadi..Allright je..insyaallah..

anakmuaallaf said...

Sebaiknya begitu..sebelum satu pokok tu berulat..baik kita kasi prunning dulu