Monday, October 26, 2009

PENARIK BECA-PAK BAKAQ A.K.A BIAQ BETOII

26Oct
Anak muallaf :Betoii ka Pak Bakaq ni..Baca pada yang bold.Saya copy sebiji dari blog penarik beca


Tok Guru Nik Aziz tak henti-henti dituduh bangang

Setiap kali Tok Guru Mursyidul Am bercakap mengenai puak dalam PAS yang tergelejat-gelejat gian sangat nak berkendak politik dengan parti pengkhianat Melayu, tak tangguh-tangguh lagi beliau dituduh dirasuk penghasut jahat atau dituduh bodoh nak mampus sehingga dengan begitu mudah beliau boleh dipergunakan - any stupid idiot can put his words into Tok Guru's mouth.

OK la, saya pun dah tak tahan dah nak menyimpan rahsia.
Ni saya nak bagi tau satu rahsia.

Sebenarnya, tulisan bertajuk "PAS: Keperluan muktamar khas luar biasa" dalam blog Tok Guru tu saya, bakaq a.k.a. ~penarik beca yang tulis. Sebab itulah tulisan tersebut tidak ada alasan yang kukuh, sembrono, tak ada fakta, tak ada hujah, tak ada dalil. Mesti tak ada fakta, sebab bakaq bukan ahli PAS. Dia takat sokong fasal-fasal seperti Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS ja.

Sebab, Tok Guru tidak akan buat kenyataan yang seperti itu dengan tidak ada alasan yang kukuh. Dia tidak buat kenyataan '
sombrono' dan dia mesti ada fakta, ada hujah, ada dalil. Takkan Tok Guru hendak buat kenyataan berdasarkan MCA buat macam itu, kita (PAS) juga hendak buat macam itu. Umno buat macam itu, kita (PAS) pun hendak buat macam itu. Mesti ada fakta, kita (PAS) parti Islam.

Habislah cerita Tok Guru tu. Ni saya nak cerita tentang taktik saya pada tahun tujuh puluhan dulu.

Pada suatu hari, Tok Bilal kampung saya kata tikus bergencok ronggeng dalam bendang. Bila saya dapat tau tentang apa yang Tok Bilal kata tu, saya pun beritau Mat Trompet bahawa saya tak percaya Tok Bilal kata gitu.

"Takkan Tok Bilal nak buat kenyataan bodoh dan bangang macam tu. Setahu aku, Tok Bilal tak cakap merapu macam orang tak cukup seringgit," kata saya kepada Mat Trompet.

Dalam hati, saya tau sangat memang Tok Bilal kata tikus dok bergencok ronggeng dalam bendang. Tapi saya tak nak la kata Tok Bilal buat kenyataan bodoh dan bangang serta bercakap merapu macam orang gila. Nanti bergaduh sakan pulak saya dengan dia. Saya kata la saya tak percaya Tok Bilal kata gitu.

Lagi pun, kalau orang tau Tok Bilal memang kata tikus dok bergencok ronggeng dalam bendang, saya takut orang-orang yang selama ini percaya sangat kepada Tok Bilal akan termakan kata-katanya.

Saya takut sangat akan terancam pula tikus-tikus yang dok bergencok ronggeng dalam bendang tu. Apa salahnya tikus melanyak habis padi di bendang kita?

Bendang kampung sebelah kan ada. Lagi lumayan bib!

Berkaitan:
Saya sudah tua untuk didalangi - Nik Aziz (Malaysian Insider 25/10/09)
Isu EGM PAS: Harun Taib suspek bukan Nik Aziz yang tulis (mStar Online 25/10/09)
Syor Nik Aziz tak masuk akal
Ketua Dewan Ulama syak Mursyidul Am Pas dipengaruhi pihak lain

Berita Harian (26/10/09): Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata cadangan mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) untuk mengubah kepemimpinan parti adalah tidak masuk akal kerana Pas tidak menghadapi masalah pucuk pimpinan.

Beliau juga mendakwa cadangan menerusi blog Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti mengadakan EGM itu ditulis dan dipengaruhi oleh pihak lain.

Pesuruhjaya Pas Terengganu itu juga berkata parti hanya akan mengadakan EGM untuk meminda perlembagaan parti dan bukan untuk 'mengubat parti' yang dikatakan sedang berdepan masalah.

"Tidak ada sebab untuk Pas mengadakan EGM. Tidak ada angin bertiup... pokok pun tak bergoyang, macam mana boleh tiba-tiba nak buat EGM kononnya nak tiru macam MCA dan Umno.

"Saya tidak boleh terima kerana Pas masih sihat, semakin sihat dan semakin mendapat sokongan sama ada orang Melayu mahupun bukan Melayu. Kalau nak kata untuk memperkasakan parti... parti sudah perkasa. Kalau nak selesaikan masalah, parti tidak ada masalah.

"(Oleh itu) idea EGM tidak masuk akal dan tidak berasas. Malah, tidak mungkin Nik Aziz mengemukakan idea itu kerana hujahnya sering berlandaskan al-Quran dan sunnah," katanya ketika dihubungi semalam.

Jumaat lalu, dalam blognya Nik Aziz mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah. Tiga pemimpin yang dinamakan beliau ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Kelmarin, Nik Aziz berkata beliau tidak akan menarik balik cadangan itu, sebaliknya tetap mahu EGM diadakan walaupun ada pemimpin Pas tidak bersetuju.

Harun juga berkata, sehingga kini beliau percaya kenyataan dalam blog itu ditulis oleh orang lain, bukannya Nik Aziz.

"Saya tidak dapat mengesahkan sama ada kenyataan dalam blog itu atas kehendak hatinya atau sama ada ditulis sendiri atau oleh orang lain.

"Setakat yang saya kenal Tok Guru (Nik Aziz) dia tidak akan bercakap perkara seperti itu. Saya juga menghubungi presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bertanyakan isu berkenaan tetapi presiden kata belum membaca blog itu," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, berkata soal mengadakan EGM tidak lagi berbangkit, sebaliknya dalam pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu kelmarin, Menteri Besar Kelantan itu mahu beliau mengemukakan satu isu dalam mesyuarat khas yang akan diadakan dalam masa terdekat.

"Soal EGM sudah tidak berbangkit lagi, cuma Tok Guru (Nik Aziz) mahu saya membawa satu perkara dalam mesyuarat khas itu. Tok Guru sendiri yang mencadangkan EGM ditukar kepada mesyuarat khas," katanya.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad dalam kenyataan lima perenggan dalam blognya, pula berkata mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pas Pusat yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat akan menilai sama ada wujud keperluan bagi mengadakan EGM atau sebaliknya.

"Pas amat menggalakkan perbincangan dan menghargai setiap pandangan atau kritikan. tetapi pada waktu ini setiap pimpinan diminta membincangkan perkara ini secara dalaman dan tidak menggunakan media termasuk blog dan Facebook yang boleh mendatangkan banyak persepsi negatif serta membuka ruang untuk media luar memutarbelitkan isu ini.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan, berkata masalah dalaman parti perlu diselesaikan di peringkat dalaman, bukannya membincangkannya secara terbuka seperti mengadakan EGM.

Katanya, perbincangan secara terbuka atau EGM bertentangan dengan prinsip parti, apatah lagi kemelut yang melanda parti bukanlah isu besar yang perlu dihebohkan sehingga boleh menimbulkan kerisauan ahli Pas.

"Parti hanya mahu mendengar kenyataan Mursyidul Am sendiri, bukannya daripada pihak ketiga atau keempat. Sebenarnya masalah ini kecil tetapi digembar-gemburkan oleh pihak tertentu," katanya.


3 comments:

BUJANG SUSAH said...

Syitan ni kerjanya memecahbelahkan org jer kak..

~PakKaramu~ said...

Binawe deme ni huh ! huh ! huh ! cuba bagi tau Pak Karamu siapa deme nih, dah la Tok Guru tua deme dok permain pulak syaitan betul la deme ni ye

Unknown said...

Sabar,

Kalau tak kenal siapa pak bakaq a.k.a dalam perjuangan ini kena belajar mengenali dia dan semua tulisan-tulisan dia dulu. Jgn dok hentam semacam je.

Hari ni berapa haribulan, esok .... lusa berapa haribulan?, kan bijak pandai dah akui TGNA merupakan ikon politik paling bijak dan paling licik pernah dilahirkan oleh PAS.

Kalau tak faham jugak, tak apalah, kita bincang nanti. Orang politik kena mahir membaca pergerakan politik. Apa-apa pun org Perak dah sedia ke... jika DUN dibubarkan.

razifkotaraja