Wednesday, October 14, 2009

PAS TIDAK KALAH TETAPI ALLAH MENANGGUHKAN KEMENANGAN

Seminggu berkampung di Bagan Pinang, banyak ilmu pilihanraya yang dapat dikutip dan dijadikan iktibar dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

Faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan kekalahan PAS.

Tidak perlu menunding jari pada mana-mana pihak.Muhassabah diri.

Inilah penyebab Allah menangguhkan kemenangan PAS..yakinlah Islam akan menang jua akhirnya....

PAS Negeri Sembilan mestilah sentiasa bersedia menambahkan cawangan di kawasan..
Tambahkan lagi bilangan ahli...
Tingkatkan tarbiyah ahli...
Banyakkan aktiviti kemasyarakatan...
Mempromosikan PAS dimata rakyat Negeri Sembilan...
Perkemas jentera PAS sebaik mungkin...

APA KELEBIHAN BN

Memang benar jentera PAS di Bagan Pinang berdepan dengan Kerajaan Malaysia bukannya Parti Barisan Nasional...

Agensi kerajaan di guna sewenang-wenangnya oleh BN...mereka ini anjingsi-anjingsi spt Jabatan Kebajikan Masyarakat,Pertahanan Awam,Kementerian Kesihatan dsb...

Kuasa wang juga menjadikan faktor kemenangan mereka...

Pengundi India yang berada diluar kwsan yang diangkut dengan kereta BN disogok duit ketika hari membuang undi...

Pekerja estate juga diugut sekiranya memangkah PAS mereka akan diberhentikan kerja...

Kepada pendokong perjuangan Islam berlapang dadalah menerima kekalahan ini...

Allah menangguhkan dahulu kemenangan ini kerana kita akan memperolehi kemenangan yang lebih besar....dari Allah

12 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Leha,
Tahniah dan success kerana berjaya memimpin muslimat Perak di PRK Bgn Pinang.Akak nampak garang sangat disana...Memang betul kak Muslimat Kuala Pilah perlu buat perubahan dan belajar dari kesilapan...
Walaupun PAS tak menang tapi Saya rasa saya menang kerana banyak benda yang saya belajar dari akak..Terimakasih kak..

Anonymous said...

ada banyak kelemahan PAS.. mengaku diri Islam tapi tak sedar orang2 UMNO pun Islam juga.. PAS hanyalah tak lebih dari parti politik.. kalau dulu saya mengagumi Nik Aziz sebagai ulama tetapi saya llihat sekarang Nik Aziz tidak lebih dari Ahli Politik... kutuk org pandai.. itu salah.. ini salah.. tapi solution nak memperbetulkan dari PAS yellek... boo liaw... kalau UMNO tegur terimalah sebaik mungkin.. ini kerana teguran itulah yang membuatkan PAS akan kuat kemballi..

- parti jahat, kato eh -

mAlonG Sufina said...

Islam itu tidak kalah tapi belum masanya untuk menang. Tiada istilah kalah bagi Islam. Allah Berfirman dalam Surah Al Mujaadilah pada Ayat 21 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang." Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Bahauddin Amyasi said...

Kejayaan Islam tidaklah dapat dimiliki secara instan. Sebagai Muslim, kita harus terus berjuang untuk menggapai kejayan itu..

Salam semangat!

anakmuaallaf said...

anonynomous 10:17pm,
Ada tempatnya utk kita garang.Begitu juga dengan sahabat Rasullullah saw.Saidina Abu Bakr lemah lembut orangnya , lain pula dengan saidina Umar..garang orangnya.
Di Bagan Pinang kita jangan salahkan mana-mana pihak.Kita baiki dulu kelemahan kita.Insyaallah kita akan menang juga akhirnya.Cepat atau lambat itu urusan Allah.Kita sebagai hamba kena terus berjuang untuk menegakkan agama Allah..
Maaf sekiranya ada kesilapan dan kekasaran yang akak lakukan sepanjang kita sama-sama berjuang..salam utk smua dari akak dan Kak bibah..

anakmuaallaf said...

anonymous 12.40am,
banyak perbezaan Islam UMNO dan Islam PAS bak langit dan bumi.Adakah selama ini kita berjuang atas nama individu.Betulkan niat perjuangan kita.Memenangkan Islam dan menegakkan agama Allah.
Dalam jemaah kita ada wala' kepada pimpinan.

Unknown said...

Kalah menang tu adalah adat bertanding.
Yg menang tu kira ok..
Yg kalah memang kena muhasabah diri..
Kadang2 benda2 kecik tu tuhan tak mengizinkan kemenangan..Contohnya : Merokok! Berapa ramai pejuang2 yg merokok? Ramaikan. Apa kena mengena undi dgn merokok? Soalan begini selalu berlegar diperkatakan ..
Begitu jugalah sejarah dulu dimana Salahuddin Al-'ayubi telah reject tenteranya yg tak tahajut malam dan begitu juga dgn tentera yg tak bersugi..
Secara lojik akal memang tak ada kene mengena langsong antara perang dgn bersugi dan bangun tahajut (bahkan bangun malam menambahkan kurang tidur kononnya)..
Rokok itu membantu yahudi..kenapa kita masih dalam masa yg sama menjerit memperjuangkan Agama..Kemenangan yg tertangguh adalah dari kesilapan kita sebenarnya..Tak perlu menunding kpd orang lain.
Sekadar muhasabah.

Ayid said...

Kak leha. Nak komen sikit aje. Faktor kekalahan kita berpunca dari politik thinking.

1. Ba'iah pengungi di Bagan Pinang jauh berbeza di antara Ba'iah pengundi di Utara dan Pantai Timor.

2. Selepas PRU ke 12, walaupun kita kalah di Bgn Pinang berapa kali agaknya PAS Kawasan dan calun yang kalah melawati pengundi di sana. Ini PAS perlu ambil kira izinkan saya pinjam pepatah barat " Fight Never surrender, if you surrender you lost everything"

3. Tapa melawat mereka msg kita tak sampai kepada mereka apakah hala tuju PAS sebenarnya persoalan timbul dari pengundi di sana.

4. UMNO tahu kelemahan kita mereka menggunakan kesempatan ini. Pengundi Bgn Pinang cuma ada sikap simpati saja pada PAS. Sikap ini boleh berubah-ubah. Mereka bukan pengundi tegar PAS.

5. Faktor dalam PAS juga sedikit sebanyak membawa infak kepada kita, isu PAS selangor dan DAP memberi ajaran kepada kita yang mana kaum Cina tidak memberi undi mereka mungkin mereka akan mengajar kita bagi isu tersebut. Maaf kasar sikit.

Anonymous said...

alahai murahnya agama islam dijual disini

salim

triple x malaya said...

kepada nye kite memohon..kepada nye kite berserah...selagi iman di dada,selagi itu kite jangan menyerah kalah..

Anonymous said...

Satu kaum yang mengaku mereka sahaja yang islam sebenarnya mereka bukan islam sebenar.Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad (SAW) sangat mulia budi pekerti nya,tinggi akhlaknya,tidak suka mengherdik,mencerca apatah lagi menghina sesama manusia yang seagama,bicaranya penuh dengan sopan santun.
Sesunguhnya Nabi Muhammad itu menjadi suri teladan bagi kita semua,contohi lah pola perjuangannya sebagaimana sunnahnya menegakkan Dinul Haq yakni Dinul Islam.
Dari Tok Batin.

Anonymous said...

ya betul kata tok batin tu...
sape tok batin tu ah..