Nazri Abdullah | |
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan kenyataan Perdana Menteri semalam sebagai tomahan jahat dan cubaan menburukkan imej Adun Pakatan Perak. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak itu berkata, kenyataan Datuk Seri Najib yang mendakwa tiada sebab Adun Pakatan akan menggaggu persidangan DUN Perak akan datang seolah olah menggambarkan Adun PR adalah kaki pukul dan samseng. "Tuduhan ini tidak berasas dan cuba memburukkan imej pakatan perak. Najib tidak sepatutnya membuat tuduhan sebegitu, seolah olah kami ini kaki pukul," katanya ketika ditemui di lobi parlimen pagi tadi. Najib menurutnya wajar melihat insiden pada persidangan Dun Perak 7 Mei lalu, di mana kekecohan dimulakan Adun BN apabila merampas kerusi speaker V.Sivakumar secara paksa dan melantik R.Ganesan. Persidangan itu juga katanya menjadi bukti bahawa yang mengganggu persidangan adalah Adun dari BN bukannya Pakatan. "Apa yang saya boleh gambarkan, pada 7 Mei lalu, yang buat kacau seawal jam 9.30 pagi adalah BN, kerana tidak menghormati speaker yang sah," jelasnya lagi. Beliau juga sekali lagi menegaskan akan hadir persidangan Dun 28 Oktober ini berdasarkan notis panggilan yang dikeluarkan Speaker Pakatan Rakyat, Sivakumar bukan Ganesan. Adun Pakatan Perak katanya tidak pernah sesekali mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker Perak dan masih berpegang Sivakumar adalah speaker yang sah. Sehubungan itu katanya, notis panggilan sidang Dun yang dikeluarkan Ganesan adalah tidak sah. "Kita akan lihat bagaimana keadaan nanti, kami akan bagitahu ganesan bahawa dia bukan speaker yang sah," katanya. |
Monday, October 19, 2009
Tuduh PR ganggu sidang Dun, Nizar selar kenyataan Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Otak orang UMNO macam otak ikan, mereka gunakan otan tapi tak gunakan akal, mereka pukul orang mereka yang menangis, mereka yang menyamun maka mereka pula seolah-olah halau penyamun
Matlamat telah menghalalkan cara mereka..
Undang2 tuhan pun mereka langgaq semacam saja..inikan pula undang2 manusia..payah lah sikit..
Depa tak baca masalah sah ke tak sah..
yg penting mentadbirkan negeri sekalipun belindung disbalik sehelai daun demokrasi berpelembagaan yg kecil..
Salam PakKaramu...mudah-mudahan bapak sihat..
Saya cukup setuju dengan PakKaramu.Penyamun mana berani mengaku yang dia menyamun.Perompak mana yang nak mengaku yang dia merompak.
Pastinya mereka ini akan menuduh orang lain yang buat kerja mereka.Mungkin 30 tahun lagi akan terbongkar siapa yang jadi mastermind rompakan ini.Sepertimana kita lihat sejarah hari ini bagaimana Singapore terpisah dari Malaysia dan Kita berputih mata terhadap Pulau Batu Putih...
Salam LanaBulu,
Daun demokrasi depa yang perlu kita musnahkan dan kita petik tauk buang dan kita gantikan dengan demokrasi Allah yang maha Adil.
Demokrasi depa hanya untuk depa saja, sedangkan demokrasi yang kita mahu untuk semua agama dan bangsa.
Post a Comment