Tuesday, October 27, 2009

Menceritakan Detik-detik Cemas Kejadian Jambatan Runtuh - Ustaz Shahrizal


Menceritakan Detik-detik Cemas Kejadian Jambatan Runtuh - Ustaz Shahrizal

Kejadian berlaku cukup pantas..cerita Ustaz Shahrizal salah seorang urusetia Program Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Kementerian Pendidikan semasa bertemu beliau di lokasi kejadian jambatan runtuh malam tadi.Sebelum kejadian para peserta berpusu-pusu melalui jambatan untuk mengambil makan malam (suffer) pada jam 10.00 mlm,lokasi utk mengambil makanan pula terletak di seberang sungai berhampiran pondok urusetia.

Ada dikalangan para peserta yang kelihatan bermain-main di atas jambatan dengan menghentak-hentakkan kaki untuk menakut-nakutkan peserta yang lain.Dalam keadaan terlampau sesak diatas jambatan,maka dengan tiba-tiba jambatan itu runtuh dan menjatuhkan kesemua peserta yang berada diatas jambatan itu.

Bunyi kocakan air dan jeritan para peserta menjadikan keadaan semakin kelam kabut,urusetia yang melihat kejadian tersebut tanpa berfikir panjang terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan para peserta daripada dihanyutkan oleh arus sungai yang deras ditambah pula keadaan malam yang gelap,menjadikan para peserta bertambah panik.

Kata Ustaz Shahrizal lagi..Saya sempat menarik tangan beberapa peserta untuk di bawa ke tepi sungai dan seterusnya cuba pula menyelamatkan peserta yang lain,keadaan air sungai yang terlampau sejuk menjadikan badan sudah tidak bertenaga,kedengaran jeritan tangisan dan suara meminta tolong,ada dikalangan para peserta yang berpaut pada beliau tidak dapat bertahan lama lalu melepaskan sedikit demi sedikit pegangan mereka lalu hanyut dibawa arus sungai yang deras dan hanya lambaian tangan mereka saja yang kelihatan dalam suasana malam yang gelap itu,cerita beliau mengakhiri babak cemas yang dilaluinya dalam nada yang cukup sebak dan menyayat hati.

Anggota Bomba dan penyelamat sedang meneruskan
usaha-usaha mencari mangsa yang hanyut.Sehingga
jam 9.30 pagi tadi hanya
1 orang mangsa dapat di
temui,manakala jumlah kesemua mangsa hanyalah
3 orang
sahaja dan bukannya
22 orang seperti yang dikhabarkan.

Beginilah keadaan di hulu sungai,dimana para peserta
Program 1 Malaysia itu di hanyutkan oleh arus
sungai yang sangat deras pada malam tadi.


Bai : Sama-samalah kita berdoa kepada Allah

No comments: