Friday, September 25, 2009

GEMBIRA DAN SEDIH BERHARI RAYA DGN BERITA KEMATIAN

Dah lama tak intai blog..beraya sakan..balik Kedah jumpa family..seronok..
dalam seronok ada berita sedih..

3 Syawal dapat panggilan telefon dari Puan Rahimah (Ketua DMPK Bgn Datoh) dan Pn Munirah menyampai berita sedih...
mbah yang kami ziarah semasa menyampaikan sumbangan Ramadhan telah kembali kerahmatullah..Alhamdulillah Pemuda PAS Bagan Datoh juga sempat membuat kebajikan buat Mbah semasa hayatnya..membersih dan menebas kawasan rumahnya yang dipenuhi dengan semak samun..Tahniah Pemuda PAS Bagan Datoh..

AL FATIHAH BUAT MBAH MARMAH.

mbah yg terlantar semasa kami ziarah.
kenangan Pn munirah,Pn rahimah dan Pn fauziah bersama mbah.

Semalam Khamis jam 8.30 malam satu lagi berita kematian.
Isteri kepada sepupu saya pula meninggal dan di kebumikan hari ini sebelum solat jumaat.
Jenazahnya dibawa pulang kerumah mak teh di Lorong Fajar,Jalan Sultanah,Alor Setar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda.

AL FATIHAH BUAT KAK CHAQ NORIAH BT ALI


4 comments:

zai said...

Salam Kak Leha...

Zai ni cukup terasa bila ada mendengar berita tntg kematian terasa maut itu sangat dekat menghampiri setiap dari kita dari hari sehari..didalam suka ttp ada duka..inilah iktibar yg perlu kita kutip dan insaf sepanjang masa bahawa hidup ini hanyalah tpt persinggahan sementara yg mana setiap kematian adalah merupakan satu peringatan yg terbaik kpd setiap dari kita yg sentiasa terleka oleh nikmat dunia...

Pak Oncu said...

Alfatiha untuk semua mereka itu,,,,,,,,,!!!!!

al-lavendari said...

kita yg hidup akan pergi juga, tak cepat dan tak lambat sesaat pun. Innalillah...

Relevan said...

AlFatihah..